Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nicholas tolong jual nuget ayam

Aug 21, 2023 | 05:30 AM



Masa pelakon Nicholas Saputra dihabiskan di pasar raya dengan menyuap pengunjung yang ingin menikmati cebisan nuget ayam yang membuka selera.

Pastinya ramai peminat Nicholas, 39 tahun, teruja apabila disuap pelakon tampan yang dikenali kerana filem Ada Apa Dengan Cinta itu.


Nicholas kini sebahagian daripada kempen iklan terkini nuget ayam rangup jenama Kanzler yang bekerjasama dengan syarikat pengiklanan berpangkalan di Jakarta, AdsONAsia untuk memasarkan produknya.

Pelakon ini jarang ditemui terlibat dalam iklan makanan segah ini yang mampu menarik perhatian warganet di dalam talian.

“Kami teruja melihat respons positif daripada iklan Kanzler yang menampilkan Nicholas,” kata Pengarah Perniagaan Kreatif AdsOnAsia, Cik Angel Roberty, dalam laman Campaign Brief Asia.


Siri iklan ini menampilkan barisan baru nuget ayam yang lebih isi dan lebih lazat yang dihasilkan Kanzler dengan serbuk bebola roti rangup. Iklan di ‘billboard’ dan pengangkutan awam di kawasan sibuk Jakarta menampilkan pelbagai aksi Nicholas dengan kata-kata seperti ‘Hati-hati di jalan’ dan ‘Mau ke mana?’.


“Kebiasaannya, duta jenama bagi produk sebegini adalah cef profesional atau ibu dengan anak-anak kecil. Justeru, apabila kami meraih akaun ini, kami ingin keluar dari zon selesa untuk buat peminat wanita Nicholas lebih teruja memiliki produk ini kerana terpaut pada karismanya yang masih bujang,” ujar Cik Roberty.

Sejak pelancaran siri iklan ini, ramai yang berkongsi di media sosial sehinggakan iklan Nicholas meraih tontonan 120,000 kali. Ramai yang kata inilah satu-satunya iklan yang tidak akan dilepaskan ketika menonton YouTube.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >