Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Populariti Kim Sae-ron terjejas akibat insiden pandu mabuk

Apr 01, 2024 | 05:30 AM



“Kita tidak tahu apakah niat Kim Sae-ron dengan tindakan ini,” kata agensi pelakon Kim Soo-hyun, Gold Medalist, apabila ia menafikan khabar angin tentang Kim Sae-ron sedang berpacaran bersama Kim Soo-hyun.

Khabar angin itu tercetus awal 24 Mac apabila pelakon berusia 23 tahun itu mendedahkan di Instagram, gambarnya bersama Kim Soo-hyun, di mana agensi tersebut menjelaskan ia telah diambil bertahun-tahun lalu apabila kededuanya berada dalam agensi yang sama.

Kim Sae-ron belum menerangkan mengapa beliau memuat naik gambar itu di media sosial atau mengapa beliau menghapuskan gambar itu beberapa minit selepas beliau memuatnaikkannya. Tetapi tindakannya telah mencetuskan beberapa reaksi negatif dalam kalangan masyarakat awam Korea Selatan, dan dilihat sebagai satu lagi petunjuk tentang sejauh mana nama pelakon yang dahulu popular itu telah merudum dari segi kerjaya lakonannya.

Kim dahulu merupakan antara pelakon disayangi di Korea Selatan, selepas muncul dalam filem The Man from Nowhere pada 2010. Berusia sembilan tahun pada ketika itu, beliau memainkan peranan sebagai mangsa yang diculik di sisi Won Bin dan menunjukkan potensi untuk menjadi seorang bintang besar.


Pelakon berpotensi itu terbabit dalam satu kemalangan yang melibatkannya memandu dalam keadaan mabuk pada 2022 sehingga menyebabkan Kim kurang disenangi masyarakat awam.

Pada 15 Mei 2022, Kim memandu keretanya sehingga merempuh pagar, pokok dan peranti penukar kuasa di Gangnam-gu, selatan Seoul dalam keadaan mabuk. Kim dilaporkan telah menolak ujian ketenangan dan sebaliknya berkeras untuk menyerahkan darahnya untuk ujian di balai polis, di mana dia menghantar permohonan maaf rasmi selepas itu.


Kim dijatuhi hukuman denda 20 juta won ($15,000) kerana memandu dalam keadaan mabuk dan tidak membuat rayuan.

Kejadian pada 24 Mac bukanlah kali pertama Kim menyiarkan kandungan yang menimbulkan persoalan di media sosial.

Pada November 2022, kira-kira enam bulan selepas kejadian memandu dalam keadaan mabuk, Kim menyiarkan gambar di Instagram yang menunjukkan dirinya bekerja di francais kopi tempatan.

Namun, ia kemudian didedahkan bahawa Kim tidak pernah bekerja di kafe tersebut dan telah mengambil gambar di kafe lain, di mana kawannya bekerja. Apabila bercakap kepada pihak media sebelum perbicaraan di mahkamah pada April 2023, Kim berkata, “Bukan saya yang mendakwa mengalami masalah kewangan tetapi saya memang melakukan kerja sambilan.”

Kim belum tampil dalam sebarang filem, drama atau acara besar sejak lakonannya dalam drama Bloodhounds di Netflix pada 2023, yang dirakamkan sebelum kejadian beliau memandu dalam keadaan mabuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >