Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sharnaaz Ahmad dipuji warganet bawa bekas isteri, temanita cuti ke Jepun

Dec 13, 2023 | 04:37 PM



Pelakon Malaysia, Sharnaaz Ahmad, dicemburui ramai malahan mengundang pujian warganet apabila dilihat bercuti di Jepun dengan kekasih hati, Amelia Christie Lim dan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

Perkara tersebut mula menjadi bualan ramai selepas Sharnaaz, 38 tahun, memuat naik beberapa video bersama dua wanita tersebut dan juga anak lelakinya, Jebat Jayden, yang kelihatan seronok bercuti di beberapa lokasi di negara Matahari Terbit itu termasuk menyaksikan patung gergasi Gundam.

Terdapat juga video yang mamaparkan keempat-empat mereka kelihatan bahagia dan seronok ketika berjalan-jalan di sebuah lokasi pada waktu malam di sana, lapor laman Kosmo! Online.


Amelia, 23 tahun, turut mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gelagatnya merangkul mesra lengan Noor Nabila, 39 tahun, sekali gus membuktikan mereka berdua mempunyai hubungan akrab dan sangat baik seperti kakak dan adik.

Hubungan baik tiga individu tersebut seterusnya mencetuskan ribuan komen positif yang tidak habis-habis memuji Noor Nabila kerana bersikap profesional dan mampu bercuti bersama bekas suami dan Amelia.

“Noor Nabila memang hebat, profesionalnya dia sebagai bekas isteri berada di tahap mengagumkan.

“Ini jalan cerita yang paling ramai nanti-nantikan. Tidak berbalah dan Jebat beruntung memiliki keluarga tidak memburukkan sesama sendiri dan mementingkan perasaan anak.

“Setiap mereka mempunyai sikap terbuka dan tidak cemburu. Bukan semua mampu buat perkara ini,” puji seorang warganet.

Sebelum ini, Amelia juga pernah berkunjung ke kediaman Noor Nabila selain menghabiskan masa bersama Jayden.

Terdahulu, Noor Nabila, kakak selebriti terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Selepas bercerai dengan Sharnaaz, Nabila sempat menamatkan zaman solo dengan menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021.

Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila dilaporkan sah bercerai pada September 2023.

Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dihidu apabila aktres itu kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >