Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sidney Poitier, pelakon kulit hitam pertama menangi Anugerah Aktor Terbaik pada acara Oscar, meninggal dunia

Jan 08, 2022 | 04:17 PM



PELAKON Hollywood, Sidney Poitier, dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun pada Jumaat (7 Januari).



Beliau yang dikenali kerana wataknya sebagai guru dalam filem To Sir, With Love meninggal dunia di Bahamas.



Poitier, dikenang sebagai pelakon kulit hitam pertama berjaya meraih trofi Anugerah Academy dan sekali gus mengubah persepsi negatif terhadap penampilan pelakon kulit hitam di Hollywood sekitar tahun 1950-an dan 1960-an.



Poitier pernah membintangi filem Lilies of the Field dan berjaya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Academy pada 1964.



Mendiang turut terkenal dengan watak Mark Thackeray dalam filem To Sir, with Love pada 1967.



Pemergiannya disahkan pemangku ketua pengarah Kementerian Ehwal Luar Bahamas, Encik Eugene Torchon Newry. 



Poitier mewujudkan legasi perfileman yang gemilang dalam masa setahun dengan tiga filem pada 1967 sekali gus di kala pengasingan kaum begitu ketara di Amerika Syarikat.



Dalam filem Guess Who's Coming To Dinner, beliau membawa watak lelaki kulit hitam dengan tunang kulit putih manakala dalam filem In The Heat of the Night, beliau adalah pegawai polis bernama Virgil Tibbs yang berdepan dengan isu perkauman sewaktu siasatan kes pembunuhan.



Beliau adalah guru di sebuah sekolah London penuh dengan pelajar nakal dalam To Sir, With Love.



Poitier mencipta sejarah sebagai pemenang Oscar bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi Lilies of he Field pada 1963. Beliau memainkan watak sebagai pekerja yang membantu biarawati Jerman membina gereja kecil di padang pasir.



Lima tahun sebelum itu, Poitier adalah lelaki kulit hitam pertama yang dicalonkan bagi kategori serupa untuk peranannya dalam The Defiant Ones.



Filem klasiknya yang lain pada era itu termasuk A Patch of Blue pada 1965 di mana wataknya menjadi teman gadis buta berkulit putih. The Blackboard Jungle dan A Raisin In The Sun adalah dua lagi filemnya yang turut dipentaskan di Broadway.



Poitier dilahirkan di Miami pada 20 Februari 1927 dan dibesarkan di kebun tomato di Bahamas. Beliau hanya ke sekolah selama setahun dan bergelut dengan masalah kemiskinan dan ketidakupayaan membaca serta prejudis. Akhirnya, beliau diterima dalam dunia lakonan dan membawa peranan utama.



Beliau amat memilih peranan yang digalasnya dengan berhati-hati, menguburkan idea lama bahawa pelakon kulit hitam hanya layak menjadi budak penggilap kasut, konduktor kereta api dan pembantu rumah.



"Saya sayangkan awak, saya hormati awak dan saya meniru gaya awak," jelas seorang lagi pemenang Oscar, Denzel Washington, seorang lagi pelakon kulit hitam yang dikatakan mewarisi kehebatan bakat Poitier dalam satu acara awam.



Sebagai pengarah, Poitier bekerjasama dengan temannya Harry Belafonte dan Bill Cosby dalam Uptown Saturday Night pada 1974 serta Richard Pryor dan Gene Wilder dalam filem 1980, Stir Crazy.



Poitier membesar di sebuah kampung Bahamas kecil, Cat Island dan di Nassau sebelum berpindah ke New York pada usia 16 tahun. Beliau menipu mengenai usianya untuk memulakan pekerjaan walaupun seketika bersama Pasukan Tentera Amerika. Poitier kemudian bekerja sebagai tukang basuh pinggan sambil mengikuti kelas lakonan.



Peluang pertamanya adalah ketika bertemu pengarah American Negro Theatre. Beliau menjadi pelajar dalam pementasan Days of Our Youth dan mengambil-alih tugas bintang teater, Belafonte, yang jatuh sakit.



Mendiang berlakon dalam lebih 50 filem dan mengarah sembilan filem, bermula dengan Buck and the Preacher pada 1972. Beliau membintangi filem itu bersama Belafonte.



Pada 1992, Poitier diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Institut Filem Amerika, pencapaian tertinggi selepas Oscar dan menyertai barisan penerima lain seperti Bette Davis, Alfred Hitchcock, Fred Astaire, James Cagney dan Orson Welles.



"Saya harus ucapkan terima kasih kepada seorang pelayan yang meluangkan masa membantu seorang tukang basuh pinggan mangkuk untuk membaca. Saya tidak boleh memberitahu namanya. Saya tidak pernah tahu namanya. Tapi saya kini boleh membaca dengan baik," katanya.



Pada 2002, Oscar Kehormat yang mengiktiraf pencapaian Poitier sebagai seorang seniman dan insan yang dihormati disampaikan kepadanya.



Poitier berumah tangga dengan isteri pertamanya, Juanita Hardy, selama 15 tahun. Rumah tangga yang dibina bersama pelakon Joanna Shimkus pada 1976 bertahan hingga akhir hayatnya.



Beliau mempunyai enam cahaya mata perempuan dan telah menulis tiga buku riwayat hidup, This Life (1980), The Measure Of A Man: A Spiritual Autobiography (2000) dan Life Beyond Measure: Letters To My Great-Granddaughter (2008).



"Kalau anda menggunakan sebab dan logik pada kerjaya saya ini, anda tidak akan dapat pergi jauh. Perjalanan seni saya amat menakjubkan dari awal. Terlalu banyak kehidupan yang direntasi rasanya ditentukan oleh perkara yang secara aslinya begitu rambang," katanya. - Reuters



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >