Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wanita
40
0

Syifa Hadju belajar rahsia bertahan lama dalam industri hiburan

Dec 27, 2023 | 05:30 AM



Syifa Hadju, 23 tahun, belajar bahawa beliau tidak dapat menyenangkan semua orang.

Seperti satu klise, titik permulaan Syifa untuk berkecimpung dalam dunia hiburan bermula saat beliau ditawarkan kesempatan untuk menjadi bintang iklan seawal usia tiga tahun.

Namun, tumpuannya terhadap pelajaran menyebabkannya berehat daripada industri tersebut dan beliau hanya kembali semula ketika di sekolah menengah.

Agensi pencarian model, ruang uji bakat dan proses yang mengambil masa merupakan pengalaman yang memberikannya iktibar untuk terus melibatkan diri meneroka dunia hiburan hingga sekarang.


Namun, selain fokus menjalani nyala rasanya dalam bidang lakonan, Syifa juga sedang menghidupi salah satu cita-citanya sejak kecil.

Sejak dulu, Syifa tidak asing dan berhasil dibuat tertarik dengan pekerjaan Allahyarham mak ciknya yang bertugas sebagai seorang diplomat.

“Saya berasa jalan hidup saya memang diarahkannya ke sana (dunia hiburan).

“Pada dasarnya, saya hanya mengikuti jalan (hidup) yang diberikan kepada saya dan menemukan minat dalam dunia tersebut.

“Namun, saya masih tertarik dengan politik antarabangsa dan sekarang sedang kuliah jurusan Hubungan Antarabangsa,” ungkap Syifa semasa ditemu bual oleh Her World Indonesia.


Beliau menunjukkan kemampuan dan rasa cintanya terhadap dunia lakonan, mulai dari drama sinetron hingga filem ke layar lebar.

Namun, Syifa memiliki bakat yang selama ini dipilih untuk disimpan bagi dirinya, iaitu bernyanyi.

Lagu Jangan Pernah Berubah karya Melly Goeslaw menjadi peluang yang memperkenalkan suara Syifa kepada orang ramai.


Tawaran untuk menyanyikan kembali salah satu lagu hit Melly ini datang kepada Syifa melalui penulis lagu.

“Perasaan saya bercampur aduk sekali kerana waktu itu, saya masih muda sekali dan menyanyikan lagu yang biasanya hanya saya dengar.

“Saya juga senang sekali kerana versi saya dan versi aslinya masih sering didengar,” kongsi Syifa.

Biarpun telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya di hadapan kamera dan di mata umum yang mengekori setiap perkembangan kerjayanya, Syifa mempunyai peribadi yang introvert, iaitu sifat yang lebih suka berdiam dan tidak begitu selesa bergaul kecuali dalam kalangan kenalan rapat.


Cabaran untuk sering bersosial menyebabkan dirinya perlu mengecas semula bateri sosial dan tenaganya.

Beliau melakukan demikian dengan berehat sehari dua di rumah bersama keluarga dan kucing peliharaannya.

Apalagi ketika dilanda stres, komen berunsur negatif boleh membuat dirinya berasa tidak yakin pada diri sendiri.

“Ada banyak hal yang dapat membuat saya berasa insecure tetapi dengan bantuan keluarga, saya belajar bahwa selama tidak ada yang salah dengan diri saya, tidak melakukan hal buruk kepada orang lain, dan selama saya tetap konsisten memberikan hal-hal positif di platform yang dipercayakan pada saya, tiada keperluan untuk berasa begitu,” kata Syifa.


Sistem sokongan, khususnya keluarga, memegang peranan penting dalam kehidupan dan perjalanannya dalam industri hiburan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >