Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Farid Kamil didenda RM5,000, lepas hukuman penjara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Farid Kamil didenda RM5,000, lepas hukuman penjara

Nov 30, 2022 | 04:19 PM



PUTRAJAYA: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini (30 November)  membenarkan rayuan akhirnya.



Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said sebulat suara mengetepikan hukuman penjara tersebut dan menggantikannya dengan denda RM5,000 ($1,530).



Denda itu bagaimanapun dijelaskan oleh kaum keluarga yang turut hadir mengikuti prosiding tersebut termasuk isterinya Diana Danielle dan adiknya Fadzil Zahari.



Hakim Kamaludin yang turut bersidang Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun turut mengekalkan perintah pengawasan selama dua tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.



“Farid Kamil Zahari, kamu hanya didenda RM5,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan jika gagal bayar denda kamu kena penjara enam bulan lagi,” ujar beliau.



Sementara itu, pelakon Remp-It 2 tersebut ketika ditemui wakil media sejurus selesai membayar denda meluahkan rasa bersyukur dengan keputusan tersebut yang disifatkan terbaik untuk dirinya.



Sambil berterima kasih kepada barisan peguam bela yang mewakilinya, Farid Kamil gembira kerana kes telah selesai di peringkat rayuan dan kini beliau boleh menumpukan perhatian kepada pengambaran filem-filem seterusnya.



“Sekarang ini saya terlibat dengan pengambaran filem berjudul ‘Anwar’ yang kini di peringkat akhir dan dijangka ditayangkan pada Februari 2023,” ujarnya. - Utusan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >