SEBAGAI anak, kita wajib berbuat baik dan berlaku ihsan kepada kededua ibu bapa kita.
Ini termasuklah dalam mentaati perintah mereka, menyantuni dan melayan kededuanya dengan baik dan menggembirakan hati mereka, sehinggalah kepada menjaga dan memberi nafkah bagi menampung keperluan hidup mereka.