Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Menggiat usaha lahirkan generasi cemerlang dan seimbang

Feb 28, 2014 | 07:40 AM



USAHA Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan sektor swasta pendidikan Islam melakar beberapa strategi bagi meningkatkan penyertaan belia dalam kelas pendidikan Islam secara formal bertepatan pada masanya. Satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan hanya 40 peratus atau sekitar 35,600 anak Islam setempat berusia antara tujuh dengan 16 tahun mengikuti pendidikan Islam secara formal. Daripada jumlah itu, sekitar 20,400 mengikuti kelas di sektor swasta, 11,400 mengikuti program Muis aLIVE dan 3,900 lagi di madrasah masjid.


Ini bererti sejumlah besar belia atau 60 peratus tidak mendapat pendidikan Islam formal. Mungkin ada yang belajar secara tidak rasmi di rumah. Namun menurut jawatankuasa protem Jaringan Pendidikan Islam Swasta (PIENet) yang menjalankan tinjauan itu, terdapat lebih 12,000 tempat kosong bagi pendidikan Islam formal dalam sektor swasta yang belum diisi. Ini bermakna tempat bukan masalah bagi kelas agama. Persoalan kenapa kurang belia mengikuti kelas agama perlu diselidiki. Apakah soal ketiadaan masa kerana perlu memenuhi pelbagai tuntutan, atau ibu bapa tidak berasa ia satu keperluan, atau ada faktor lain. Memahami punca sebenar akan membantu mendapatkan huraian yang berkesan.


Hakikatnya, pendidikan agama asas adalah penting sebagai pedoman hidup. Selain memahami nilai-nilai agama yang dianuti, ia menyediakan panduan moral bagi interaksi dalam kehidupan dan menangani pelbagai cabaran. Dalam menggiat usaha melahirkan individu cemerlang dalam masyarakat dan negara, para belia wajar dilengkapi dengan nilai-nilai asas yang betul. Keseimbangan itu diharap dapat melahirkan generasi berakhlak dan berhemah tinggi di samping cemerlang dalam kehidupan bermasyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >