Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Rasulullah diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam

Ustaz Mohd Iszam terangkan sumbangan besar Nabi pada wanita, keluarga, pembentukan akhlak
Oct 14, 2022 | 05:30 AM



NABI Muhammad saw dikurniakan beberapa keistimewaan dan diutuskan kepada sekalian makhluk, meliputi manusia dan jin, juga malaikat sejak dari mula Baginda saw diutuskan hingga ke akhir dunia ini.



Ini jelas dinyatakan Allah swt dalam Al-Quran bahawa Rasulullah saw diutuskan sebagai "rahmat bagi sekalian alam".



Allah swt berfirman dalam surah Al- Anbiya', ayat 107, yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."



"Kita juga tahu bahawa junjungan kita Nabi Muhammad saw ialah rasul yang terakhir, tidak ada nabi dan rasul lagi sesudah Baginda," jelas Ustaz Mohd Iszam Karim, ketua Jabatan Pendidikan Islam Masjid Mujahidin, di Queenstown, sebagai menyambung perbualannya dengan Berita Harian sempena majlis Maulidur Rasul yang dianjurkan di masjid itu Sabtu lalu.



"Allah swt menerangkan perkara ini dalam surah al-Azhab, ayat 40, menerusi firman-nya: "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."



Sesuai dengan kedudukan Baginda sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam, Rasulullah saw, tambah Ustaz Mohd Iszam, banyak membawa perubahan dalam kehidupan manusia sekarang, sejajar dengan ajaran Islam.



"Antara sumbangan besar Baginda saw adalah Rasulullah mengangkat kedudukan wanita, menjadi contoh ketua keluarga terbaik dan memperbaiki akhlak," terang beliau.



RASULULLAH MENGANGKAT KEDUDUKAN WANITA



Banyak kekejaman, penindasan dan perlakuan yang tidak adil berlaku dalam kalangan kaum jahiliyah sebelum Nabi saw diutus.



"Apabila Allah swt mengutus Nabi Muhammad saw, Baginda menghapuskan semua bentuk ketidakadilan yang diperlakukan terhadap kaum wanita.



"Antara kekejaman dan ketidakadilan yang berleluasa ketika itu adalah perbuatan menguburkan hidup-hidup anak perempuan.



"Satu lagi penghinaan ke atas kaum wanita pada zaman jahiliyah adalah tradisi pemberian kaum wanita ibarat barang yang boleh ditukar ganti.



"Menjadi tradisi ketika itu bahawa pihak yang menang dalam perang antara suku berhak menyandera



atau menjadikan hamba wanita-wanita daripada suku yang kalah.



"Apabila ini berlaku, anak-anak yang ibunya diperlakukan sedemikian akan mendapat kehinaan semasa hidupnya.



"Nabi saw menghapuskan tradisi jahiliah ini dan menggantikannya dengan pernikahan cara Islam yang mulia dan diamalkan hingga sekarang ini," jelas Ustaz Mohd Iszam, dengan mengutarakan petikan daripada kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum, Sirah Nabawiyyah.



RASULULLAH PALING BAIK TERHADAP AHLI KELUARGA



Satu lagi sumbangan besar Rasulullah saw adalah contoh yang ditunjukkan Baginda dalam kehidupan berkeluarga iaitu layanan yang sewajarnya diberikan oleh seorang suami dan bapa kepada isteri dan anak- anak.



Rasulullah saw, kata Ustaz Mohd Iszam, sangat mencintai anak-anaknya.



Beliau menukil pertuturan Ibnu Majah daripada Ibu Abbas bahawa "setiap kali Fatimah datang ke bilik Baginda, Baginda pasti selalu berdiri menyambutnya, memegang tangannya, menciumnya dan mendudukkannya di tempat yang biasa Baginda duduk".



Begitu juga sikap Rasulullah saw apabila memanggil Sayidina Hasan dan Sayidina Husain, dua cucunya yang sangat Baginda sayangi.



"Ciuman penuh kasih sayang diberikan oleh Sang Datuk bergantian seraya tangan Baginda mengusap kepala mereka. Sayidina Hasan dan Sayidina Husain akan memeluk tubuh datuk mereka seolah tidak mahu berpisah.



"Selain kepada anak dan cucu Baginda, Rasulullah saw tidak lupa memberikan nasihat kepada isteri-isterinya dan menyanyangi mereka," cerita Ustaz Mohd Iszam lagi.



Beliau memetik satu lagi riwayat daripada Sayidatina 'Aisyah ra bahawa Rasulullah saw yang bermaksud: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. (HR At-Tirmidzi).



RASULULLAH MEMPUNYAI AKHLAK MULIA DAN TERPUJI



Tidak syak, antara sumbangan terbesar Nabi saw adalah akhlak mulia yang ada pada diri Baginda, yang semestinya menjadi ikutan setiap Muslim.



Allah swt berfirman dalam surah Al-Qalam, ayat 4: "Sesungguhnya kamu Nabi Muhammad saw berada di atas akhlak yang mulia."



Dalam satu lagi ayat, Allah berfirman: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah Al-Ahzab, ayat 21).



Abu Hurairah ra pula meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak." (HR Baihaqi).



KESIMPULAN



"Pada zaman yang semangkin canggih dan moden, mari kita mengajak dan mendidik anak-anak generasi sekarang akan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya agar kita semua dapat mengenali Rasulullah saw dengan lebih rapat melalui kisah sejarah dengan akhlak Rasulullah yang terpuji sebagai contoh teladan buat umat Baginda.



"Melalui penyampaian Sirah Nabawiyah, kita akan mendapati dan mempelajari betapa kasih dan cintanya Rasulullah saw kepada umat Baginda.



"Perjuangan Rasulullah saw demi agama Islam hendaklah diketahui oleh setiap umat agar ia dapat menjadi contoh buat anak-anak agar mereka menjadi anak yang baik, soleh dan solehah dengan akhlak yang baik yang menjadi impian semua ibu bapa, amin Ya Rabbal alamin," ujar Ustaz Mohd Iszam mengakhiri perbualan.




HIDAYAH RASULULLAH CONTOH AKHLAK TERBAIK



"Sesungguhnya kamu Nabi Muhammad saw berada di atas akhlak yang mulia."
(Surah Al-Qalam, ayat 4).



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah Al-Ahzab, ayat 21).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >