Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

6.3j pencarum KWSP M’sia hanya punya dana persaraan kurang RM42 sebulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

6.3j pencarum KWSP M’sia hanya punya dana persaraan kurang RM42 sebulan

Nov 21, 2023 | 12:43 PM



KUALA LUMPUR: Agak membimbangkan apabila 48 peratus atau 6.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia bawah 55 tahun mempunyai baki simpanan kurang RM10,000 ($2,873).


Jumlah itu meningkat berbanding 4.7 juta pencarum atau 37 peratus yang direkodkan pada April 2020 mempunyai baki simpanan kurang RM10,000, iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan Covid-19 diperkenalkan.

Menurut Kementerian Kewangan, ini sekali gus menjangkakan pendapatan persaraan pencarum terbabit kurang RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun dan ia dianggap satu jumlah kritikal.

“Ketika negara menghadapi fenomena penuaan penduduk yang pantas, keadaan itu bakal memberi kesan amat besar kepada negara dan rakyat terutama dari segi ekonomi, produktiviti, kesejahteraan sosial, mutu hidup dan kesihatan.

“Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan pencarum KWSP,” ujar kenyataan itu lapor Berita Harian Malaysia pada Selasa.


Kenyataan itu bagi menjawab soalan Encik Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan daya usaha kerajaan bagi menangani masalah wang persaraan rakyat tidak mencukupi yang turut dihimpit dengan saiz sektor tidak formal yang besar di Malaysia dan nisbah tanggungan lebih tinggi.

Kementerian Kewangan menyatakan kerajaan, menerusi Belanjawan 2024, telah mengumumkan untuk meningkatkan had caruman padanan Kerajaan di bawah program iSaraan daripada RM300 kepada RM500 setahun.

Insentif itu tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi setiap individu yang layak.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan juga akan memberi insentif caruman padanan bagi setiap ringgit yang dicarumkan ke dalam Skim KWSP oleh suri rumah di bawah umur 55 tahun.

Suri rumah yang berdaftar dalam pangkalan data e-Kasih di bawah program i-Suri layak menerima insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 bagi setiap individu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >