Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion hingga 31 Ogos 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion hingga 31 Ogos 2023

Nov 20, 2023 | 03:39 PM



KUALA LUMPUR: Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion ($0.32 trilion) sehingga 31 Ogos, 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia, Encik Steven Sim.


Katanya, daripada jumlah itu purata pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah 64.9 peratus yang mana 24.4 peratus dalam ekuiti tersenarai domestik.

Selain KWSP, dana-dana pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) juga merangkumi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Bagi tempoh 2019 sehingga 31 Ogos, 2023, jumlah dana pelaburan PNB adalah RM332 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 84.3 peratus yang mana 74.4 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik.

“Manakala bagi dana pelaburan KWAP pula, bagi tempoh itu ia berjumlah RM167 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 79.3 peratus yang mana 45.2 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik.

“Bagi dana pelaburan LTH, sehingga 31 Ogos, 2023, ia berjumlah RM91 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 90.1 peratus yang mana 18.3 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik.

“Sehingga 31 Ogos, 2023, jumlah dana pelaburan LTAT adalah RM10.5 bilion dengan keseluruhan dana dilaburkan dalam pasaran domestik yang mana 52 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau menjawab soalan Encik Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin mengetahui tentang jumlah pelaburan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan GLIC di Malaysia dan di luar negara dan adakah keseluruhan pelaburan tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.

Encik Sim berkata sepanjang tempoh 2019 hingga 31 Ogos, 2023, sebahagian besar atau lebih 60 peratus dana pelaburan GLIC adalah dalam pasaran domestik.

Berdasarkan peruntukan aset strategik, secara purata antara 15.8 peratus hingga 62.7 peratus dana pelaburan GLIC adalah dalam ekuiti tersenarai domestik di Bursa Malaysia.

Pada Jumaat lalu, KWSP dilaporkan meraih pendapatan pelaburan sebanyak RM47.86 bilion dalam sembilan bulan berakhir 30 September 2023, meningkat 33 peratus berbanding RM36.04 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.

Jumlah itu adalah selepas mengambil kira turun nilai kos atas ekuiti tersenarai yang direkodkan untuk tempoh berkenaan.

Pengurus dana persaraan itu berkata daripada jumlah pendapatan pelaburan itu, RM4.62 bilion mewakili keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan. Ia berkata keuntungan MTM disumbangkan oleh turun naik pertukaran mata wang asing.

Pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 pula, jumlah pendapatan pelaburan KWSP adalah sebanyak RM14.67 bilion selepas mengambil kira turun nilai kos.

Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak RM2.38 bilion daripada RM12.29 bilion yang dicatatkan pada suku sama 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >