Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Banjir kembali di 4 negeri di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir kembali di 4 negeri di M’sia

3,132 penduduk di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor terjejas
Jan 26, 2024 | 05:14 PM



KUALA LUMPUR: Baru saja menarik nafas lega selepas seminggu banjir reda, penduduk di sebilangan kawasan Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan sekali lagi dilanda bah dengan jumlah mangsa yang terjejas setakat 4 petang 26 Januari meningkat kepada 3,132 orang di 56 pusat pemindahan sementara (PPS).


Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa teramai ialah di Terengganu iaitu 2,037 orang daripada 551 keluarga di 33 PPS.

Jumlah mangsa di Kelantan pula 533 orang daripada 150 keluarga di 13 PPS; Johor 388 mangsa daripada 127 keluarga di empat PPS, sementara 174 mangsa daripada 74 keluarga di dua PPS di Pahang.

Banjir kali ini turut menjejas seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Setiu, Terengganu, mengenangkan keadaan kediamannya di Kampung Hulu Seladang, yang rosak dibadai kepala air pada 12.30 tengah hari 25 Januari.

Tambah perit, kejadian itu berlaku ketika Cik Nor Zihan Adam, 37 tahun, sedang sibuk bertugas membantu mangsa banjir di kampung lain.

Bercerita lanjut, katanya, beliau dimaklumkan suami, Encik Mohd Hairuzi Hamzah, 40 tahun, mengenai rumah mereka rosak dilanda kepala air, namun tidak dapat pulang memandangkan keadaan tidak mengizinkan.

“Sebaik mengetahuinya, saya mohon kebenaran pulang, tetapi pegawai saya minta tunggu dulu kerana keadaan waktu itu agak berbahaya memandangkan air yang melimpah di atas jalan raya masih deras,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Di Rantau Panjang, Kelantan, suri rumah, Wan Sharifah Omar, 63 tahun, yang kediamannya di Pangkalan Haram Baung, hanya berjarak beberapa langkah dari tebing Sungai Golok sekali lagi dilanda bah.

Dalam banjir pagi 26 Januari, beliau juga risaukan keselamatan suami, Encik Ismail Che Hamat, 62 tahun, yang menghidap sakit jantung dan hilang ingatan lalu memindahkan suaminya ke atas para kayu di kediaman mereka apabila paras bah makin meningkat kira-kira 0.3 meter.

“Baru saja cuci bersih kesan banjir di rumah, banjir pula sekali lagi,” katanya memaklumkan rumah mereka dimasuki banjir sejak awal pagi dan paras air semakin tinggi walaupun perlahan, berikutan kedudukan yang hampir dengan sungai.

Dalam kejadian di Besut, Terengganu, pula suami isteri melalui detik cemas apabila terperangkap kira-kira 30 minit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir di Kampung Renek.

Kejadian berlaku ketika Cik Hanipah Sulong, 61 tahun, dan suami, Encik Nazri Abdul Majid, 65 tahun, menaiki kenderaan untuk ke Jabi bagi membeli lauk, dengan menggunakan laluan pintas untuk meredah banjir kira-kira 11.45 pagi.

“Kami sering guna laluan berkenaan sebelum ini, namun tidak sangka air banjir agak dalam hingga menyebabkan kenderaan dihanyutkan arus ke kawasan kelapa sawit berhampiran sungai,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >