Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kanak-kanak OKU maut dalam nahas kereta dipandu ibu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kanak-kanak OKU maut dalam nahas kereta dipandu ibu

Nov 28, 2023 | 01:38 PM



KLUANG: Luluh hati seorang ibu apabila anak lelakinya berusia lima tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan kereta yang dipandu wanita itu sendiri di Jalan Selar Taman Ilham, Kluang, Johor, pada Isnin.


Nor Rahil Raihan Mohd Shahrul, yang juga orang kelainan upaya (OKU), disahkan meninggal dunia pada kira-kira 10 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Allahyarham dikenali ramai sebelum ini kerana kisahnya menghidap penyakit hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak), ginjal rosak dan pendarahan dalam perut tular dan mendapat liputan luas media.


Kemalangan itu turut menyebabkan ibunya yang memandu kereta itu, Cik Aishah Mohd Saleh, 34 tahun, dan seorang lagi anak lelakinya, Nor Izzul Islam Mohd Shahrul, lapan tahun, yang duduk di kerusi penumpang hadapan, cedera.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner (AC) Bahrin Mohd Noh, berkata kenderaan yang dipandu Cik Aishah dari arah Kampung Paya ke Taman Ilham disyaki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar kenderaan lain.

“(Kereta) Naza Ria itu melanggar bahagian tepi sebuah Proton Wira yang sedang diparkir dan pagar di lokasi kejadian.


“Nor Rahil Raihan, yang mengalami pendarahan kronik dan kecederaan dalaman abdomen, meninggal dunia ketika sedang dirawat di HEBHK.

“Bagaimanapun, pemandu Proton Wira berusia 22 tahun selamat,” kata AC Bahrin, lapor Berita Harian Malaysia pada Selasa.


Allahyarham pernah disantuni Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, secara dekat ketika program Kembara Mahkota Johor 2023 edisi ke-23 singgah di Kluang pada 7 Ogos.


Sebelum ini, Cik Aishah dilaporkan sering berdoa supaya penderitaan anak bongsunya daripada tiga adik-beradik itu berakhir dan berharap ada keajaiban berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >