Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes tembakan di KLIA: Masalah peribadi jadi motif, suspek direman 7 hari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes tembakan di KLIA: Masalah peribadi jadi motif, suspek direman 7 hari

Apr 16, 2024 | 03:12 PM



KOTA BHARU: Polis Malaysia mengesahkan masalah peribadi menjadi motif utama lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi wanita itu dalam satu kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 14 April.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata setakat ini, pihaknya tidak mengesan sebarang unsur lain yang mendorong suspek, Hafizul Hawari, 38 tahun, melepaskan tembakan itu.

Suspek yang berjaya ditahan polis kira-kira 3 petang 15 April di depan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, direman tujuh hari bermula 16 April untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Terdahulu, lelaki itu dikesan menginap di sebuah hotel di Kota Bharu, dengan menggunakan identiti individu lain, bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Helah berkenaan menyebabkan kehadiran suspek tidak dapat dikesan di hotel terbabit,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Mohd Shuhaily berkata susulan tangkapan itu, pihaknya turut merampas empat kad pengenalan individu lain.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek tiba di Kelantan petang kelmarin (14 April) selepas zuhur. Selepas kejadian, suspek tidak berjumpa dengan sesiapa dan terus menuju ke Kelantan sebelum menginap di sebuah hotel.

“Dia (suspek) hanya bergerak secara individu dan suspek juga sudah biasa dengan Kelantan memandangkan pernah belajar di sebuah tahfiz di pondok agama di Repek, Pasir Mas, sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata ketika ditahan di depan hospital berkenaan, suspek yang disahkan normal sempat mengambil laporan kesihatan.

Datuk Mohd Shuhaily menambah, pihaknya masih menjalankan siasatan tujuan laporan kesihatan itu diambil suspek, sama ada untuk memohon visa atau sebaliknya.


Polis, katanya, tidak menolak kemungkinan suspek mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand, berdasarkan rampasan dibuat membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang riyal dan baht daripada suspek.

Selain wang tunai, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 butir peluru hidup, mercun bola, enam telefon bimbit, pasport dan empat kad pengenalan milik orang lain.


Dalam kejadian 1.20 pagi 14 April lalu, suspek melepaskan beberapa das tembakan yang menggemparkan orang ramai di Balai Ketibaan yang terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di KLIA bersama dua pengawal peribadi.

Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya, namun satu das tembakan tersasar, manakala satu lagi das tembakan terkena seorang pengawal peribadi isteri suspek.

Mangsa, Encik Muhammad Nur Hadith, terkena tembakan itu selepas cuba melindungi majikannya, Cik Farah Md Isa atau Farah Cie.

Beliau yang dirawat di Hospital Cyberjaya sehingga kini dilaporkan belum sedarkan diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >