Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis lepaskan 10 das henti pemandu lori bawah pengaruh dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis lepaskan 10 das henti pemandu lori bawah pengaruh dadah

Apr 11, 2024 | 11:02 AM



JEMPOL (Negeri Sembilan): Polis melepaskan 10 das tembakan bagi memberhentikan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai di bawah pengaruh dadah dalam kejadian pada 9 April.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian bermula selepas lori yang dipandu suspek tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar, berikutan ada sekatan jalan raya di Kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan.

Menurutnya, tindakan suspek itu menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 40 tahun.

“Sebaik melanggar motosikal berkenaan, suspek melarikan diri sebelum anggota polis mengejar lori berkenaan.

“Ketika melarikan diri, suspek memandu dalam keadaan bahaya dan cuba menghimpit beberapa kali motosikal ditunggang anggota polis trafik dan hampir melanggarnya serta pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan pada 10 April.

Encik Chang Hook berkata melihat keadaan bahaya dicetuskan pemandu lori itu, polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan pada bahagian tayar bagi menghentikan lori berkenaan.

Namun suspek enggan berbuat demikian, sebaliknya terus memandu dalam keadaan tayar lori sudah pecah.

Bagaimanapun, selepas 50 kilometer dikejar, suspek berjaya ditangkap berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, lapor Berita Harian Malaysia.


Dalam kes berasingan, seorang remaja maut selepas lebih sembilan jam bertarung nyawa di Hospital Melaka akibat cedera parah menyusuli nahas melibatkan kenderaan polis di Jalan Gangsa Kesang, Durian Tunggal, Melaka, awal pagi 10 April.

Kemalangan mengejutkan ketika umat Islam membuat persiapan menyambut 1 Syawal itu turut tular di media sosial hingga menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata mangsa, Mohammad Khairul Basahri, 18 tahun, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman oleh doktor bertugas.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku pada 2.56 pagi 10 April semasa kenderaan pacuan empat roda polis itu sedang dalam rondaan bagi mencegah lumba haram lalu dilanggar motosikal yang ditunggangi mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >