Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kesesakan jalan raya di JB ‘tidak boleh dielak’ dengan pembinaan RTS Link

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kesesakan jalan raya di JB ‘tidak boleh dielak’ dengan pembinaan RTS Link

Jan 31, 2024 | 11:08 AM



JOHOR BAHRU: Pengguna jalan raya di pusat bandar Johor Bahru (JB) harus bersedia menghadapi lebih banyak kesesakan lalu lintas pada tempoh suku kedua dan ketiga 2024 apabila pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) mencapai kemuncaknya, kata Datuk Bandar Johor Baru, Datuk Mohd Noorazam Osman.


Beliau berkata banyak jalan raya dijangka ditutup dari April hingga September bagi memberi laluan kepada projek pembinaan kereta api merentasi sempadan yang akan menghubungkan JB dan Singapura apabila ia siap pada akhir 2026.

“Ini memang akan menjejas kesesakan lalu lintas yang sudah pun sesak, tetapi ia tidak boleh dielakkan. Yakinlah, kami sedang mengkaji cara untuk menangani keadaan itu,” kata beliau selepas satu acara di Ulu Tiram pada 30 Januari, lapor The Star.


Kesesakan lalu lintas di jalan raya seperti Jalan Abdullah Ibrahim, Jalan Tebrau dan Jalan Wong Ah Fook berdekatan City Square di pusat bandar JB adalah perkara biasa pada masa kini disebabkan pembinaan yang sedang berjalan dan jumlah kenderaan yang tinggi.

Datuk Noorazam menambah bahawa pihak majlis bandar juga sedang berunding dengan pihak KTM untuk mempertingkat kesambungan sebaik sahaja projek Landasan Berkembar Elektrik (EDT) Gemas-Johor Bahru siap menjelang 2025.

“Sama seperti Laluan RTS, kami mahu menyediakan penumpang dengan kesambungan yang baik selepas tiba di stesen; untuk membawa orang ramai ke kawasan pinggir bandar dan sebaliknya menggunakan pengangkutan awam dan kemudahan meletak kereta,” tambah beliau.

EDT Gemas-JB akan menghubungkan JB Sentral ke stesen perkhidmatan kereta api elektrik di Gemas, memendekkan perjalanan kereta api antara Johor dengan Kuala Lumpur Sentral kepada tiga setengah jam.

Kira-kira dua pertiga daripada kerja prasarana awam RTS di sebelah Singapura telah siap, dengan perkhidmatan penumpang dijadualkan bermula menjelang Disember 2026.

Di pihak Malaysia, projek itu telah mencapai 65 peratus siap pada 31 Disember 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >