Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Projek RTS JB-S’pura sudah siap 65 peratus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek RTS JB-S’pura sudah siap 65 peratus

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Anwar Ibrahim rai pencapaian; S’pura M’sia juga meterai MOU Zon Ekonomi Khas
Jan 11, 2024 | 04:25 PM



Projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura meraih pencapaian penting dengan selesainya rentang penghubung, yang menghubungkan jejambat marin antara Singapura dengan Malaysia.

Bagi meraikan pencapaian tersebut, kedua-dua Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri acara yang diadakan pada 11 Januari di tapak RTS Link Marine Viaduct di Selat Johor.

Kedua-dua pemimpin menandatangani plak yang melambangkan komitmen bersama kedua-dua negara menjadikan rangkaian rel rentas sempadan itu suatu kenyataan.

Dalam kenyataan bersama, Menteri Pengangkutan (MOT) Singapura dan Malaysia berkata pencapaian penting pembinaan telah dicapai pada hujung Disember 2023, dengan siapnya bentang konkrit sepanjang 17.1meter yang menghubungkan hujung jejambat rel Singapura dan Malaysia yang akan merentasi Selat Johor.

RTS Link melibatkan rel sepanjang sekitar 4 kilometer yang mempunyai dua stesen - satu di Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia dan satu lagi di Woodlands North, Singapura.

Projek itu juga akan merangkumi depoh di Wadi Hana, Johor Bahru.

Sehingga 31 Disember 2023, projek tersebut sudah 65 peratus siap.

Khidmat penumpang bagi RTS Link disasarkan bermula pada Disember 2026, kata kedua-dua kementerian pengangkutan.

Apabila siap kelak, RTS Link berupaya memuatkan sehingga 10,000 penumpang setiap jam di kedua-dua arah semasa waktu sibuk.

Untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar, terdapat kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang terletak bersama di kedua-dua stesen Bukit Chagar dan Woodlands North supaya penumpang hanya perlu menjalani pelepasan imigresen sekali sahaja semasa berlepas.

Kerja-kerja pembinaan bangunan CIQ, terowong dan jejambat bermula pada 2021, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Kerja-kerja di Singapura sedang berjalan lancar, dengan sekitar dua pertiga daripada keseluruhan kerja prasarana awam sudah siap setakat ini.

Bangunan CIQ akan mempunyai tiga tingkat, dengan dua tingkat bawah tanah. Laluan bawah tanah, Basement 3, akan menghubungkan bangunan CIQ ke stesen. Pembinaan jalan penghubung telah siap dan kerja-kerja selebihnya sedang berjalan dengan baik, tambah LTA.

Jumlah keluasan kasar lantai stesen RTS Link Woodlands North dan bangunan CIQ adalah kira-kira 10 kali ganda saiz stesen MRT biasa. Ini akan dihubungkan ke stesen MRT Woodlands North di Laluan Thomson-East Coast (TEL) melalui lorong bawah tanah.

Kenyataan MOT turut menonjolkan pencapaian kejuruteraan pembinaan rentang penyambung seberat 340 tan itu yang melibatkan pembinaan struktur sokongan sementara antara Tambangan 47 dan Tambangan 48, pada ketinggian lebih 26 meter dari aras laut.

Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan menjalankan kerja-kerja pemasangan yang memerlukan ketepatan sangat halus di bawah keadaan angin kencang merupakan cabaran tambahan yang dihadapi.

Kerja-kerja marin itu perlu dipantau dengan teliti untuk memastikan ia dijalan dengan selamat dan tepat pada masanya, tambah kenyataan itu.

Selepas selesai pembinaan penghubung, kedua-dua syarikat prasarana akan meneruskan kerja-kerja bagi struktur awam RTS Link.


Apabila siap, struktur awam akan diserahkan kepada RTS Operations Pte Ltd, yang akan menjalankan kerja-kerja pemasangan bagi sistem rel RTS Link.


RTS Operations Pte Ltd ialah syarikat usaha sama yang ditubuhkan Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation Ltd untuk mengendalikan perkhidmatan RTS Link.


Acara RTS Link pada 11 Januari adalah sebahagian daripada lawatan rasmi PM Lee ke Johor – lawatan ke luar negara pertamanya pada 2024.

Encik Lee dan Datuk Seri Anwar juga telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang diadakan di hotel DoubleTree Hilton di Johor Bahru.

Zon itu bertujuan meningkatkan aliran barangan dan orang ramai antara kedua-dua belah Tambak dan meningkatkan ekosistem wilayah pembangunan Iskandar dan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >