Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Label Melayu malas, ‘Mak cik Kemboja’ dan anak didakwa di mahkamah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Label Melayu malas, ‘Mak cik Kemboja’ dan anak didakwa di mahkamah

Dec 07, 2023 | 02:57 PM



MELAKA: Usahawan berketurunan Kemboja, yang mencetus kontroversi kerana melabel orang Melayu malas, tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka pada 7 Disember, atas tuduhan mengapi-apikan kaum Melayu.


Tertuduh, Mariyah Yaakob, 47 tahun, yang digelar ‘Mak cik Kemboja’ oleh netizen Malaysia, mengangguk faham dan membuat pengakuan tidak bersalah, selepas awalnya teragak-agak ketika disoal jurubahasa sama ada faham atau tidak pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Anak lelaki Mariyah, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22 tahun, yang juga Pengarah Mariyah Holding turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan secara sedar menggunakan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video memaparkan ibunya bersama kenyataan itu.

Mengikut kertas pertuduhanan, Mariyah didakwa menggunakan aplikasi TikTok dan membuat satu penyataan iaitu “… so ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak? dan orang Kemboja memang rajin, nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas…”.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan itu dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada 16 November, kira-kira 6 petang di sebuah rumah di Bukit Piatu, Kampung Musai, Melaka.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Prosiding dijalankan di hadapan Hakim, Encik Mohd Sabri Ismail.

Sementara itu, anak lelakinya, Ezuan yang menuntut di sebuah universiti swasta Britain, tidak mengaku bersalah atas tuduhan dibuat terhadapnya di alamat sama antara 14 dengan 16 November.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 ($14,345) atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Encik Mohd Sabri kemudian membenarkan Mariyah diikat jamin RM15,000, manakala anaknya RM10,000 dan mengarahkan pasport dua beranak itu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak yang boleh mengganggu prosiding. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >