Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Majlis Peguam mohon mahkamah semak kes Zahid dilepas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Majlis Peguam mohon mahkamah semak kes Zahid dilepas

Dec 05, 2023 | 12:41 PM



KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia memfailkan semakan kehakiman untuk menyemak kuasa dan keputusan Peguam Negara mengeluarkan perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkait kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.


Presidennya, Cik Karen Cheah pada 5 Disember berkata majlis itu memohon certiorari (writ atau perintah semakan semula kes mahkamah) untuk membatalkan keputusan bekas Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun pada 4 September 2023, berhubung permohonan DNAA oleh Datuk Zahid.

Beliau berkata pihaknya juga mahu mahkamah mengisytiharkan keputusan Peguam Negara itu batal, tidak sah serta melampaui kuasanya mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan dan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

“Selepas mempertimbangkan secara panjang lebar fakta dan kedudukan kes Datuk Zahid, badan peguam mengambil jalan perundangan ini sebagai sebahagian kewajipan berkanunnya untuk menegakkan keadilan, tanpa dipengaruhi sebarang ketakutan atau sokongan.

“Badan peguam berpandangan budi bicara Peguam Negara adalah tidak mutlak seperti ditetapkan oleh Perkara 145(3) Perlembagaan dan harus terbatas serta boleh dihakimi oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia pada 4 Disember.


Kata beliau, kes Datuk Zahid mempunyai kepentingan awam dan negara kerana ia melibatkan dakwaan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap seseorang individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan pada waktu beliau didakwa di mahkamah.

Badan peguam mendakwa keputusan peguam negara yang membawa kepada DNAA itu “tidak munasabah”, dan mahu mahkamah perintah peguam negara menyerahkan kepada badan itu semua maklumat dan asas-asas yang ia jadikan sandaran untuk membenarkan permohonan Datuk Zahid.

Pada 4 September 2023, Datuk Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.

Peguam bela, Datuk Hisyam Teh Poh Teik juga memohon supaya Datuk Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan kerana tidak adil kepada anak guamnya berikutan tuduhan yang ‘tergantung’ tanpa ada kepastian.

Bagi tuduhan pecah amanah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa menggunakan dana yayasan berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Keputusan Mahkamah Tinggi itu juga mencetus reaksi pelbagai pihak termasuk pimpinan politik, pengamal undang-undang mahupun rakyat pelbagai latar belakang yang menyuarakan pandangan dan menuntut penjelasan berkait pelepasan tuduhan Datuk Zahid daripada kes membabitkan dana puluhan juta ringgit Yayasan Akal Budi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >