Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Nenek, cucu di Sabah ditemui rentung dalam bilik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Nenek, cucu di Sabah ditemui rentung dalam bilik

Feb 02, 2024 | 01:14 PM



SABAH: Seorang nenek berusia 60 tahun dan cucu perempuannya ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Matan, di Ranau, pada 1 Februari.

Mayat Jafflan Sigal, 60 tahun, dan cucunya dikenali sebagai Carla berusia empat tahun ditemui di dalam bilik oleh pasukan bomba sejurus api dipadamkan.

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua bersama seorang lagi ahli keluarganya berada di rumah terbabit dan salah seorang daripada mereka berjaya keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Encik Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 10.53 malam.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran.

“Kebakaran memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan hasil pemeriksaan menemui dua mangsa rentung di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian Malaysia.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi terkawal pada jam 11.45 malam dan kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran sedang dijalankan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >