Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Suami isteri maut dalam nahas, anak 8 bulan yatim piatu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Suami isteri maut dalam nahas, anak 8 bulan yatim piatu

Apr 02, 2024 | 02:17 PM



SEREMBAN: Hasrat sepasang suami isteri pulang beraya kali pertama di Sabah tidak kesampaian apabila mereka maut dalam satu kemalangan di Persiaran Forest Height 1, di Seremban, Negeri Sembilan.


Lebih menyedihkan, pasangan yang baru berkahwin setahun lalu itu meninggalkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, yang kini yatim piatu.

Allahyarham Aswan Sulaiman, 29 tahun, dan isterinya, Allahyarhamha Nur Khairunnisya Samsudin, 23 tahun, sedang menunggang motosikal ke tempat kerja di sebuah kilang di Senawang pada 1 April apabila kemalangan itu berlaku pada 7.20 pagi.

Bapa Allahyarhamha, Encik Samsudin Basirun, 52 tahun, berkata beliau menyangka anak dan menantunya hanya terbabit dalam kemalangan kecil apabila beliau dihubungi polis.

“Saya fikir ia kemalangan biasa saja, namun apabila polis beritahu kedua-duanya anak dan menantu saya sudah tiada, saya rasa macam nak pengsan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, lapor Harian Metro.


Encik Samsudin berkata sebelum kemalangan itu, pasangan berkenaan tidak menunjukkan sebarang petanda ganjil ketika bersahur bersama pada awal pagi kejadian.

“Namun, anak perempuan saya sangat teruja untuk pulang berhari raya di Sabah, iaitu rumah keluarga suaminya, dan mereka sudah membeli tiket penerbangan.

“Mereka tidak pernah pulang ke Sabah selepas berkahwin. Ketika majlis perkahwinan setahun lalu, keluarga menantu yang datang ke sini.

“Tapi memandangkan anak mereka sudah berusia lapan bulan, saya suruh mereka pulang bertemu keluarga di Sabah, dan yang sedihnya tiket kapal terbang sudah dibeli, begitu juga baju raya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Penolong Pesuruhjaya Mohamad Hatta Che Din, berkata motosikal pasangan tersebut berlanggar dengan sebuah kereta.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >