Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tragedi 2 helikopter TLDM terhempas: 10 anggota terkorban diberi penghormatan tentera

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tragedi 2 helikopter TLDM terhempas: 10 anggota terkorban diberi penghormatan tentera

Apr 24, 2024 | 05:54 PM



Perjalanan terakhir 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi udara membabitkan dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, diiringi penghormatan ketenteraan.

Usai proses bedah siasat ke atas 10 mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak, pada 2.20 petang 24 April, TLDM dalam satu kenyataan menyatakan jenazah mangsa beragama Islam kemudian dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh, untuk solat jenazah.

Jenazah mangsa bukan Islam pula iaitu mendiang Leftenan T Sivasutan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak, sebelum disemadikan pada 25 April 2024.

“Manakala, jenazah mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak, menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk disemadikan.

“Penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris,” kata kenyataan itu.

TLDM turut memberi sokongan dan jaminan membantu pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HRPB apabila waris dan ahli keluarga mangsa berkumpul menantikan detik jenazah dibawa keluar daripada tempat itu untuk dibawa pulang bagi urusan pengebumian. 

Sebanyak 10 van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergerak meninggalkan jabatan berkenaan untuk membawa mangsa nahas kira-kira 5.30 petang. 

Sejak 2 petang, lokasi tanah perkuburan Islam yang terlibat untuk urusan pengebumian mangsa sudah mula didatangi keluarga, orang ramai dan pihak media yang mahu memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Encik Fahmi Fadzil, berkata laporan sementara mengenai tragedi helikopter TLDM terhempas itu akan siap dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata Mesyuarat Kabinet pada 24 April membincangkan secara mendalam mengenai tragedi malang itu yang mengesankan seluruh rakyat Malaysia.

“Laporan sementara akan disediakan dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh tentang kejadian akan diterbitkan dan disediakan dalam tempoh sebulan dari sekarang,” katanya.

Menurut beliau, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan mengumumkan beberapa bentuk bantuan yang telah dipersetujui jemaah menteri dalam mesyuarat berkenaan.

Dalam kejadian 9.32 pagi 23 April, Malaysia berduka dengan tragedi udara membabitkan dua helikopter milik TLDM yang mengorbankan 10 anggotanya di Pangkalan TLDM di Lumut.

Kejadian malang melibatkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM yang bertembung sebelum terhempas semasa raptai menjelang sambutan ulang tahun TLDM ke-90 yang sepatutnya bermula 26 April.

Selain Leftenan T Sivasutan dan Laskar Kanan JJM Joanna Felicia, mangsa lain adalah Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin yang akan dikebumikan di Kuala Lumpur; Allahyarham Lt Kdr Amirulfaris Mohamad Marzukhi (Negeri Sembilan); Allahyarham Kdr Muhammad Firdaus Ramli (Pulau Pinang); Allahyarham Kdr Muhamad Amir Mohamad (Johor); Allahyarham Pegawai Waran (PW) II TMK (AQM) Mohd Shahrizan Mohd Termizi (Perak); Allahyarham PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun (Kedah); Allahyarham PW TNL Norfarahimi Mohd Saedy (Perak); dan Allahyarham BM TNL Nor Rahiza Anuar (Kedah).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >