Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga S’pura rebut peluang ‘belanja sakan’ di M’sia dek kejatuhan ringgit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Warga S’pura rebut peluang ‘belanja sakan’ di M’sia dek kejatuhan ringgit

Feb 09, 2024 | 12:50 PM



KUALA LUMPUR: Warga Singapura mengambil kesempatan daripada kejatuhan ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura untuk berbelanja di Malaysia sempena Tahun Baru Cina minggu ini.


Lebih-lebih lagi, Jabatan Imigresen Johor juga menjangkakan sekitar 400,000 pengunjung Singapura dijangka memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua sempena sambutan perayaan tersebut pada 10 dan 11 Februari.

Faktor ringgit yang jatuh merosot ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura menyebabkan penduduk Singapura mengambil kesempatan pergi ke Malaysia untuk merayakan sambutan bersama keluarga.

Seorang pekerja Westin Singapura, Cik Carmen Lee, pergi ke Ipoh, Perak, untuk meraikan perayaan di kampung halamannya selepas mendapati segala-galanya lebih murah dengan ringgit.

“Ia seperti bonus untuk membeli pelbagai keperluan dan meraikan bersama keluarga. Ia (kadar pertukaran) benar-benar gila,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) yang memetik satu laporan agensi berita pada 8 Februari.


Cik Lee adalah antara penduduk di Singapura yang mengambil kesempatan daripada pengukuhan mata wang negara itu dengan menyeberangi sempadan ke Malaysia, sedang kos sara hidup di Singapura meningkat.

Dolar Singapura meningkat kepada paras RM3.55 ($1) selepas lima pusingan pengetatan dasar berturut-turut sehingga Oktober 2022 dan usaha bank pusat Singapura untuk mengurangkan inflasi, kemungkinan membuka jalan kepada lebih banyak pengukuhan mata wang.

Ringgit Malaysia, sebaliknya, telah terjejas oleh eksport lebih lemah dan jurang kadar faedah Malaysia yang luas dengan Amerika Syarikat.

Aliran keluar modal selama bertahun-tahun dan pergolakan politik telah menjejaskan lagi sentimen terhadap ringgit yang menjadi mata wang berprestasi paling buruk di pasaran sedang Asia pesat membangun.

Ketua Penyelidikan Asia di Australia dan New Zealand Banking Group Ltd, Encik Khoon Goh, berkata berdasarkan arah aliran sejarah dalam kadar pertukaran dolar Singapura-ringgit setakat ini, wujud persoalan ia mampu mencecah RM4.

“Ia adalah pengukur mudah taraf hidup relatif,” katanya, lapor BHM.

Berbanding dolar Amerika, mata wang Malaysia telah jatuh kira-kira 3.5 peratus pada 2024, menambah kerugian daripada tiga tahun sebelumnya.

Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang pada rekod terendah berbanding dolar Singapura.

Didorong oleh keyakinan pelabur terhadap ekonomi, mata wang itu juga mengukuh ke paras tertinggi berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia pada Januari.

Pada 8 Februari, ringgit merekodkan paras harian terendah dalam sejarah baru iaitu 3.549 berbanding dolar Singapura.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pengukuhan dolar Singapura itu adalah selaras dengan kenaikan dolar Amerika berbanding mata wang utama lain.

Katanya, ini kerana Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menguruskan dasar kewangan kewangannya melalui pelarasan dalam kadar pertukaran untuk membantu mengemudi pertumbuhan ekonomi dan kadar inflasi negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >