Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Anak sumber kekuatan ayah jauhi pengaruh dadah

Jun 18, 2023 | 05:30 PM



Meskipun sudah sekian lama bebas daripada pengaruh dadah, Encik Mustakeem Rais akur kadangkala muncul bisikan yang ingin ‘menarik’ beliau mengulangi kesilapan masa lalu.

Namun, wajah anak-anak yang ‘muncul’ di depan mata menjadi pendorong kuat bagi menepis anasir-anasir buruk itu, yang sebelum ini menjadi sebahagian besar kehidupannya.

Encik Mustakeem pernah keluar masuk penjara 10 kali atas kesalahan berkaitan dadah, namun bertekad mengubah haluan hidupnya setelah dibebaskan pada 2011.

Malangnya rumah tangga Encik Mustakeem tidak kekal.

Beliau dan isteri pertamanya berpisah pada 2017 dan beliau mendapat hak penjagaan kededua anaknya yang pada masa itu berusia lima dan tiga tahun.

Meskipun akur agak hilang arah ketika itu, beliau bertekad untuk tetap menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik.

Ini mendorongnya mendaftarkan diri bagi sesi-sesi kaunseling – termasuk yang dianjurkan Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) bagi memastikan beliau mendapat bantuan yang diperlukan dalam membesarkan anak-anaknya sebagai bapa tunggal dan juga bekas banduan.

Encik Mustakeem, 50 tahun, kini bapa tujuh anak – termasuk dua anak tiri daripada isteri keduanya dan tiga hasil perkongsian dengan isteri kedua – masih meneruskan sesi-sesi kaunseling tersebut dalam usaha memperbaiki diri demi anak-anak.

Beliau berazam untuk terus terlibat dalam kehidupan anak-anaknya yang kini berusia antara enam bulan dengan 18 tahun.

Satu pegangannya sekarang – ‘letakkan’ anak di depan mata dalam apa jua keadaan, katanya.

Menurutnya, ini juga membantu mengelakkan diri daripada anasir-anasir atau bisikan yang tidak diingini bagi dirinya.

“Kalau dah letak tumpuan untuk menjadi bapa yang baik, kita tak akan ada masa untuk ‘layan’ bisikan ini.

“Malah, secara jujur, kita tak akan ada masa untuk hobi-hobi zaman bujang dulu – nak lepak dengan kawan-kawan, nak memancing semua – kerana masa memang terhad,” katanya, sambil tertawa.

Menurut Encik Mustakeem, ini merupakan sesuatu yang tidak disedari ramai bapa, terutama bapa muda.

“Apabila sudah menjadi bapa, masa yang diluangkan bersama anak perlu ditingkatkan.

“Ini bermakna ada hobi-hobi yang kena ‘buang’. Biasanya kaum lelaki banyak hobi – ada yang suka lepak kedai kopi dengan kawan-kawan, main bola, memancing. Tapi masa untuk lakukan semua ini perlu dikorbankan,” ujarnya yang kini bertugas sebagai pemandu Grab.

Meskipun kaum bapa merupakan pencari nafkah utama, mereka juga perlu pertimbang masa yang diperuntukkan bagi anak-anak, terutama sekali untuk berkongsi cerita, pendapat dan pengalaman.

Encik Mustakeem akui sering menceritakan pengalamannya dengan anak sulungnya yang kini berusia 18 tahun, memandangkan yang lain masih kecil lagi untuk memahami apa yang beliau lalui.

“Saya kongsikan kepada beliau kerana saya tidak ingin anak lelaki kami melalui apa yang saya lalui, jadi saya sering cerita dan memberi nasihat.

“Kaum bapa juga perlu ‘mengasah’ kemahiran mendengar, supaya anak-anak lebih terbuka menceritakan sebarang masalah atau keprihatinan yang mereka hadapi,” tambah Encik Mustakeem.

Katanya: “Saya pasti ramai kaum bapa yang lebih rela anak-anak mereka ceritakan perkara sulit atau ‘secret’ dengan mereka, bukan kawan-kawan mereka yang tahu dulu.

“Tapi jika kita sendiri tak terbuka untuk mendengar apa yang mereka ingin kongsikan, macam mana mereka nak terbuka dengan kita. Jadi perlu cermin dulu diri,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >