Saran tubuh badan kendali urusan Haji

MASYARAKAT Islam setempat sentiasa diselubungi kebimbangan menjelang musim haji. Ini termasuk isu kuota, yang diharapkan akan kembali seperti biasa. Penantian giliran bakal haji yang sudah berdaftar merupakan satu debaran yang mencemaskan.

Kini hotel bertaraf tinggi berdiri dengan banyak di Makkah dan Madinah. Sudah pasti harga pakej haji juga akan melambung tinggi.

Dapatkah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menimbangkan agar menubuhkan badan seperti Tabung Haji demi membantu memudahkan orang Islam setempat menunaikan haji?

Ini dapat juga meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.

Semoga dengan ini mereka tidak perlu menjual rumah atau menunggu hingga mendapat wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Saya rasa Muis dapat menimbangkan ini kerana ia adalah sebuah badan pusat yang memainkan peranan cemerlang bagi masyarakat Islam, termasuk melahirkan tokoh ilmuan agama cemerlang dan membangunkan tanah wakaf.

RAJA MASRI RAJA ASHARI

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.