Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

19 babi hutan di Bukit Panjang dimatikan sejak Mei susulan serangan ke atas orang ramai

Jul 03, 2023 | 06:23 PM



Sejak Mei, ketika serangan babi hutan ke atas orang ramai pertama kali dilaporkan, 19 daripada binatang di kawasan Bukit Panjang telah diperangkap dan dikeluarkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks), kata  Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, di Parlimen pada Isnin.

Pada Mei dan Jun, dua orang telah diserang babi hutan dekat Bukit Panjang Road dan Taman Semula Jadi Zhenghua.

Haiwan yang terperangkap dimatikan secara berperikemanusiaan, kata NParks.

Walaupun ia adalah satu cara untuk mencegah konflik antara manusia dengan babi hutan, agensi itu juga telah memasang pagar dan besi pengadang sepanjang 2 kilometer di Taman Semula Jadi Zhenghua untuk mengurangkan kemungkinan haiwan itu memasuki kawasan tersebut.

Walaupun Bukit Panjang dan Taman Semula Jadi Zhenghua yang bersebelahannya tidak mempunyai populasi babi hutan yang tetap, haiwan muncul di sana dari masa ke semasa kerana estet itu berada dekat dengan taman simpanan dan kawasan hutan lain, seperti Taman Semula Jadi Chestnut dan Taman Semula Jadi Dairy Farm, jelas Encik Tan.

Tiga tapak di Chestnut Avenue, Jalan Bawah Bangkit dan di bawah Jejambat Gali Batu dikenal pasti untuk pemasangan pagar dan besi pengadang yang dipanggil ‘cattle grid’ untuk menghindari babi hutan.


Tapak-tapak tersebut dianggap oleh NParks sebagai kemungkinan menjadi titik akses untuk haiwan itu menyeberang ke kawasan perumahan.

Kerja-kerja pemasangan telah siap diselesaikan pada lewat Jun di Jalan Bawah Bangkit, dan dua tapak lain akan dipagar menjelang hujung Ogos.

Pada masa yang sama, NParks juga akan bekerjasama dengan akar umbi dan Majlis Bandar Holland-Bukit Panjang untuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai pengurusan sisa makanan yang betul untuk mengurangkan sumber makanan yang mungkin menarik babi hutan, tambah Encik Tan.

Encik Tan pada Isnin menjawab pertanyaan Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) dan Encik Edward Chia (GRC Holland-Bukit Timah), yang kededuanya bertanya mengenai sebab bagi serangan baru-baru ini dan langkah lanjut untuk mencegah kejadian sebegitu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >