Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks terima maklum balas tinggi kes hidupan liar setiap tahun sejak 2020

Jun 11, 2023 | 08:00 PM



Lembaga Taman Negara (NParks) menerima aduan dan maklum balas yang tinggi berkaitan hidupan liar di sini dengan agensi itu secara purata mencatat sekitar 1,800 kes berkaitan monyet, 400 kes babi hutan dan 300 kes berkenaan memerang setiap tahun, antara 2020 dengan 2022.

Menurut NParks dalam jawapannya kepada Berita Harian (BH), ketiga-tiga haiwan ini merupakan antara hidupan liar yang sering ditemui di tempat awam serata pulau.


Mereka menambah, meskipun terdapat aduan, kebanyakan kes ini merupakan laporan tentang penampakan hidupan liar tersebut, sedang ada juga sekadar maklum balas yang dibuat berkaitan kejadian serupa.

Kemunculan haiwan ini di kawasan tumpuan ramai adalah perkara biasa kerana Singapura menjadi kediaman kepada pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan yang berlaku secara semula jadi di kawasan hijau kita, kata Pengarah Kumpulan, Pengurusan Hidupan Liar, NParks, Dr Adrian Loo.

“Di persekitaran bandar Singapura, populasi hidupan liar berdepan dengan had kawasan alam sekitar dan ketersediaan habitat yang sesuai,” kata Dr Loo.

Dalam persekitaran di mana ruang ini dikongsi bersama hidupan liar, Dr Loo menggesa orang ramai agar mengambil pendekatan berhati-hati apabila bertemu haiwan sedemikian dan perlu ingat bahawa adalah penting untuk memastikan jarak antara kita dengan hidupan liar.

Dalam pada itu, orang ramai juga perlu sentiasa beringat mereka tidak boleh memberi makanan kepada hidupan liar ini.

“...kerana perbuatan ini hanya akan meningkatkan ketersediaan makanan, dan menyumbang kepada peningkatan jumlah hidupan liar ini.

“Memberi makanan kepada hidupan liar juga boleh mengubah tingkah laku mencari makan semula jadi mereka dan menyebabkan mereka bergantung kepada manusia untuk makanan,” tambahnya.

Beberapa hidupan liar seperti spesies kera ekor panjang, mengaitkan beg plastik dengan kehadiran makanan dan akan cuba meragut beg plastik tersebut jika ia melihatnya, kongsi Dr Loo.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan beg plastik daripada pandangan kera jika ia berhadapan dengan haiwan ini.

Di kawasan yang sering kera ini ditemui, langkah pencegahan yang disasarkan seperti mengurangkan ketersediaan makanan telah dilaksanakan, menurut Dr Loo.

“Ini termasuk penguatkuasaan terhadap memberi makanan kepada hidupan liar, memastikan sisa makanan dibuang di tempat yang betul, menuai pokok buah-buahan, memasang kelengkapan kalis monyet, menjalankan usaha mengawal kehadiran monyet dan memindahkan haiwan ini di mana sesuai,” katanya.

Mereka yang didapati memberi makanan kepada hidupan liar boleh dikenakan denda sehingga $10,000 di bawah Akta Hidupan Liar.

Dr Loo menambah NParks menerima pakai rangka kerja pengurusan hidupan liar yang mengutamakan usaha mendekati masyarakat dan disokong oleh kajian sains.

Usaha ini juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

“NParks terus mempergiatkan usaha pendidikan awam dan jangkauan untuk mempromosikan pertemuan manusia-hidupan liar yang selamat.

“Ini termasuk memberi perkongsian ketika perhimpunan sekolah, webinar dan bahan pendidikan awam untuk melibatkan masyarakat tentang cara menghargai biodiversiti tempatan secara sensitif dan berkongsi ruang dengan hidupan liar dengan selamat.

“Secara amnya, pendekatan berasaskan masyarakat dan sains yang dilakukan NParks ini terhadap pengurusan hidupan liar akan membantu memupuk kesedaran dan pemahaman orang ramai yang lebih besar tentang biodiversiti asli kita, selain mengurus pertemuan masyarakat dengan alam semula jadi dengan lebih baik,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >