Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

19 ekor anjing kini dijaga AVS

Penternak tidak berlesen sedang disiasat
Feb 17, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 19 ekor anjing kini berada di bawah jagaan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) selepas mereka menyiasat seorang penternak anjing tidak berlesen pada 9 Februari lalu.



AVS, yang merupakan perkhidmatan di bawah Lembaga Taman Negara (NParks), menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan pembiakan dan penjualan anjing yang tidak berlesen itu.



Menerusi satu kenyataan semalam, AVS bekata penyiasat memeriksa kediaman sepasang suami isteri dan mengambil 19 ekor anjing, termasuk anak anjing Corgi dan Shiba Inu dewasa.



Anjing-anjing itu kini di bawah jagaan AVS di pusat pengurusan haiwan mereka.



Seorang wanita dan suaminya sedang membantu siasatan.



Bagi kesalahan menyimpan haiwan dalam kurungan untuk dijual tanpa lesen, pesalah boleh didenda hingga $5,000, dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.



Bagi kesalahan menggunakan sebuah tempat sebagai ladang ternakan tanpa lesen, seseorang boleh didenda hingga $10,000, dipenjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali.



AVS berkata pihaknya menggalak orang ramai supaya mengambil haiwan peliharaan mereka daripada kumpulan kebajikan haiwan atau membelinya dari kedai haiwan peliharaan yang berlesen.



"Bakal pemilik haiwan peliharaan tidak seharusnya membeli daripada sumber yang tidak diketahui, termasuk wadah di dalam talian, kerana status kesihatan haiwan ini tidak diketahui dan haiwan-haiwan itu mungkin membawa penyakit.



"Sementara AVS terus memastikan bahawa peraturan dilaksana dan dikuatkuasakan dengan baik, pemilik haiwan peliharaan, perniagaan dan orang ramai mempunyai peranan untuk dimainkan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >