Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

27 diberkas berkaitan sindiket pekerja asing haram

May 21, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 27 orang ditahan minggu ini kerana terlibat dalam sindiket membawa masuk pekerja asing secara haram ke Singapura.



Kesalahan itu termasuk penggajian haram, membuat pengisytiharan palsu dalam permohonan pas kerja dan inflasi kuota pekerja migran sesebuah firma dengan membuat caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kepada warga Singapura tidak bekerja dalam syarikat itu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu.



Dalam satu operasi penguatkuasaan dua hari di seluruh pulau yang berakhir pada Rabu, pegawai MOM menyerbu 19 lokasi, termasuk gerai makan, kediaman dan pejabat milik suspek, yang didakwa membawa masuk 290 pekerja migran melalui cara penipuan.



Sejumlah 80 peranti digital seperti komputer riba, telefon bimbit dan alat penyimpanan serta rekod pembayaran dirampas dalam serbuan itu.



Siasatan terhadap individu yang ditahan sedang dijalankan, kata MOM. Menjawab pertanyaan The Straits Times, MOM mengesahkan kesemua 27 orang yang ditahan adalah sebahagian daripada sebuah sindiket.



"Sindiket itu membuat sumbangan CPF kepada warga Singapura untuk meningkatkan kuota syarikat shell (syarikat tidak aktif) secara menipu untuk mengambil warga asing. Rakyat Singapura ini, atau 'pekerja hantu', tidak diambil bekerja oleh syarikat-syarikat itu," kata kementerian itu.



Berdasarkan kuota yang dinaikkan secara palsu, syarikat akan memohon pas kerja buat warga asing melalui pengisytiharan palsu. Warga asing itu kemudian masuk dan kekal di Singapura melalui pas kerja yang diperolehi secara haram ini.



"MOM memandang serius percubaan mengelak kawalan pas kerja yang ditetapkan untuk menguruskan bilangan dan kriteria warga asing yang dibenarkan bekerja di Singapura dan melengkapi tenaga kerja tempatan, dan akan memberkas dan mendakwa pesalah tersebut," kata Cik Jeanette Har, pengarah siasatan bahagian pengurusan tenaga kerja asing MOM.



Pengisytiharan palsu berhubung permohonan pas kerja membawa denda hingga $20,000, atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-dua hukuman. Sesiapa yang mengetahui kegiatan pekerjaan mencurigakan seperti syarikat menggaji warga asing tanpa pas kerja sah, orang menerima caruman CPF daripada syarikat tidak diketahui, atau mengetahui sesiapa melanggar Akta Penggajian Tenaga Kerja Asing (EFMA) harus melaporkannya kepada MOM di talian 6438-5122 atau mom_fmmd@ mom.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >