Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

38 orang tidak, belum ambil vaksin Covid-19 penuh didapati makan di pusat penjaja

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 38 pengunjung tidak atau belum mengambil vaksin Covid-19 sepenuhnya didapati makan di pusat penjaja antara 20 Oktober dan Selasa lalu, minggu pertama selepas langkah penguatkuasaan dimulakan.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata semalam mereka dikenal pasti semasa pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa jarak selamat. Ia berkata keterangan diri mereka diambil, tetapi tidak menjelaskan hukuman yang akan mereka hadapi.



Langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) - yang membolehkan hanya individu sudah divaksinasi penuh makan di pusat penjaja dan kedai kopi - bermula 13 Oktober.



Mereka yang tidak divaksinasi atau belum divaksinasi sepenuhnya boleh memasuki pusat penjaja hanya untuk membeli makanan bungkus. Pengecualian diberi kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah. Mereka boleh makan di pusat penjaja walaupun tidak divaksinasi.



Pasukan bertindak berbilang kementerian berkata langkah itu bertujuan melindungi orang tidak divaksinasi dan mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan Singapura. Kes harian baru Covid-19 meningkat kepada 5,324 kelmarin.



Sebelum ini, antara 13 dan 19 Oktober, pihak berkuasa mengambil pendekatan memberi nasihat bagi membolehkan orang ramai membiasakan diri dengan peraturan baru yang membenarkan hanya dua orang yang sudah divaksinasi sepenuhnya makan bersama di luar.



Semalam, NEA juga berkata ia mengambil tindakan terhadap 41 orang kerana melanggar langkah pengurusan selamat Covid-19 di pusat penjaja antara 22 Oktober dan Ahad lalu.



Ini bagi kesalahan seperti berkumpul dalam kumpulan lebih dua orang, tidak menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter dan tidak memakai pelitup dengan betul.



Pesalah kali pertama yang melanggar langkah jarak selamat didenda $300 dan pesalah berulang didenda $1,000. Pesalah boleh menghadapi pendakwaan di mahkamah bagi kes berat, dan denda lebih tinggi jika sabit kesalahan.



NEA menggesa orang ramai menyokong penjaja secara selamat dengan mematuhi langkah-langkah Covid-19. Penjaja di pusat makanan tidak perlu menyemak status vaksinasi pelanggan mereka. Sebaliknya, pegawai penguatkuasa jarak selamat menjalankan pemeriksaan secara rambang terhadap orang sedang menjamu selera.



"Kita semua perlu memainkan peranan dalam melindungi diri kita dan orang di sekeliling kita. Jika anda tidak divaksinasi, sila beli bungkus dan jangan makan di luar," kata NEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >