Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4PM buat penyesuaian penuhi keperluan masyarakat: Presiden

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) telah menunjukkan banyak kemajuan dan perkembangan sepanjang lebih tujuh dekad lalu, dengan badan itu telah membuat pembaharuan kepada program mereka untuk memenuhi keperluan ekonomi dan masyarakat hari ini, kata Presiden Halimah Yacob.



Beliau menambah bahawa badan Melayu/Islam itu telah menemui bidangnya dalam menyediakan peluang kepada golongan belia untuk memikul peranan kepimpinan dan juga kerja sukarelawan, dan menumpukan pada pendidikan untuk masyarakat.



Puan Halimah berkata demikian semasa lawatannya ke pejabat 4PM di Bedok Reservoir Road kelmarin sebagai sebahagian daripada pendekatan masyarakat beliau, di mana beliau juga berbuka puasa dengan 18 kakitangan dan anggota jawatankuasa badan itu.



"Badan-badan seperti 4PM melakukan satu kewajipan yang amat penting, iaitu memastikan bahawa khidmat yang berterusan diberikan kepada masyarakat yang memerlukan. Ini dapat kita lihat melalui program mereka seperti Ramadan On Wheels yang tahun ini telah pun dapat berkhidmat kepada 300 keluarga di Singapura.



"Pada masa yang sama, mereka bukan sahaja meneruskan program-program yang sedia ada, malah telah membuat pembaharuan, iaitu melalui mengadakan program ilmu tentang digital bagi keluarga yang memerlukan dan juga kepada warga emas.



"Pembaharuan tersebut adalah penting kerana badan-badan yang memberikan khidmat harus mengambil kira tentang perubahan dari segi ekonomi kita, masyarakat kita dan memenuhi keperluan tersebut," kata beliau.



Puan Halimah mengunjungi 4PM sebagai sebahagian daripada pendekatan masyarakatnya untuk mempelajari lebih lanjut tentang program yang ditawarkan agensi dan pertubuhan khidmat sosial dan cabaran yang dihadapi benefisiari mereka.



4PM, yang ditubuhkan pada 1948 dan akan menyambut ulang tahunnya yang ke-75 tahun depan, merupakan sebuah badan tidak mencari keuntungan dipacu belia yang tertumpu pada pendidikan dan kebajikan sosial dalam masyarakat Melayu/Islam.



Dua program badan itu - Ramadan on Wheels yang menyediakan sokongan kesejahteraan emosi dan sosial kepada benefisiari dan melengkapi warga emas dengan kemahiran digital, dan Frenz Mentoring yang menyediakan pementoran dan sokongan sosio-emosi kepada belia berisiko - menerima sokongan di bawah Cabaran Presiden 2021.



4PM juga sebuah badan dengan antara lembaga pengurusan termuda dalam kalangan pertubuhan Melayu/Islam, yang menurut Puan Halimah adalah sesuatu yang penting supaya program yang dijalankan dapat berterusan.



Lembaga pengurusan dengan anggota muda juga membawa perspektif berlainan, dan penting untuk memberikan mereka ruang dan peluang untuk berkhidmat supaya budaya memberi perkhidmatan kepada masyarakat dapat berkembang dalam kalangan mereka, tambah beliau.



Puan Halimah berkata 4PM juga memainkan peranan mendekatkan persatuan dengan masyarakat melalui bahasa, misalnya menerusi pertandingan Bahas 4PM mereka dalam usaha mempertingkat mutu bahasa Melayu dan memastikan anak-anak muda terus mempunyai minat dalam bahasa Ibunda.



"Jadi, mereka mempunyai peranan yang berbagai, dan saya dapat lihat banyak perubahan dan kemajuan dalam inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh 4PM," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >