Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 MOU dimeterai SG-Indonesia

Termasuk ekonomi digital di Indonesia, latihan pendidikan vokasional dan projek pengedaran gas asli cecair di Indonesia Barat
Sep 07, 2017 | 12:34 PM



PROGRAM meningkatkan kemahiran ekonomi digital di Indonesia, latihan pendidikan vokasional serta projek pengedaran gas asli cecair (LNG) di Indonesia Barat merupakan antara sembilan Memorandum Persefahaman (MOU)  dimeterai oleh Singapura dan Indonesia. 



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia Encik Joko Widodo menyaksikan perjanjian empat MOU itu di Istana tadi.



Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan (MOE) telah memeterai tiga MOU dengan Kementerian Pendidikan dan Budaya Indonesia, Kementerian Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi (MORTHE) serta Kementerian Perindustrian Indonesia (MOI) bagi latihan dan pendidikan vokasional.



Para pemimpin juga menyaksikan MOU 



 Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Penguasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia bagi pengurusan bencana. 



Antara lain, mereka akan meneroka pertukaran pengetahuan dan kepakaran, serta menghulurkan bantuan bersama jika berlaku bencana alam.



Lima lagi MOU lain ditandatangani termasuk MOU bagi program lawatan cendekiawan yang dimeterai Universiti Nasional Singapura (NUS) dan MORTHE.



Politeknik Singapura (SP) dan MORTHE juga akan menjalankan program latihan kemahiran ekonomi digital, yang juga disokong Yayasan Antarabangsa Temasek.



Sementara itu, Institut Pendidikan Tinggi (ITE) dan MOI telah meterai perjanjian yang menyasarkan untuk melatih 25 ketua vokasional dan 75 pakar pengkhususan dari beberapa politeknik di bawah MOI.



Program itu meiputi latihan kepimpinan dan peningkatan kemahiran teknikal dalam bidang antara lain termasuk kejuruteraan mesin dan kejuruteraan automasi perindustrian. Di akhir program itu, peserta dijangka mengongsi pengalaman dengan 300 peserta lain. Yayasan Antarabangsa Temasek komited untuk memberikan geran $520,174.



Buat pertama kali, MOU dimeterai antara Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Institut Teknologi Bandung (ITB) dan institusi pendidikan Indonesia, United in Diversity bagi meneroka pertukaran pendidikan penyelidikan.



Dalam pada itu, satu perjanjian juga dijalinkan antara Pavilion Gas, Keppel SingMarine dan PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) bagi kerjasama pengedaran LNG di pulau-pulau terpencil dan lokasi di Barat Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >