Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada persamaan dalam etika Islam dan konfusianisme

Jun 06, 2016 | 09:30 AM



BERBUAT baik dan menunjukkan kesedaran awam adalah antara beberapa persamaan antara Islam dan konfusianisme.



Jaluran persamaan antara sistem kepercayaan itu diketengahkan oleh seorang sarjana bahasa dan sastera Cina, Encik Jaffar Kassim, dalam sebuah seminar anjuran Persatuan Confucius Nanyang di Hotel Furama City Centre, pada Ahad (5 Jun).



Encik Jaffar, yang bercakap dalam bahasa Mandarin dengan fasih, berkata: "Berbuat baik antara satu sama lain dan taat setia pada negara. Inilah nilai yang ditekankan oleh kedua-duanya, Nabi Muhammad dan Confucius."



Presiden persatuan itu, Encik Kek Boon Leong, berkata sesi tersebut dianjurkan dengan matlamat bersama memastikan kestabilan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Singapura.



Persatuan berusia 102 tahun itu menganjurkan kira-kira tiga ceramah serupa itu setiap tahun.



"Agama dan budaya yang berbeza tidak boleh menyerang satu sama lain tetapi perlu berusaha ke arah matlamat sama demi dunia yang lebih baik," kata Encik Kek.



Encik Jaffar, yang bekerja dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) selama 25 tahun dalam pelbagai jawatan, dan seorang lulusan bahasa dan kesusasteraan Cina dari bekas Universiti Nanyang, juga menyentuh perkara seperti hubungan sejarah antara orang Cina dan Islam melalui perdagangan.



Tetamu terhormat di seminar tersebut, Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng, pula berkata walaupun kuil, masjid dan gereja berdiri sebelah-menyebelah di Singapura, keamanan dan keharmonian tidak boleh diambil mudah.



Beliau menggalak orang ramai melawat pameran antara agama di Pusat Harmoni, yang terletak di Masjid An-Nahdhah di Bishan, bagi meluaskan pandangan dunia mereka.



Encik Baey menambah bahawa dialog tersebut, yang dihadiri sekitar 300 orang, adalah satu cara bermakna untuk menggalak persefahaman antara agama.



Beliau berkata: "Kami mengalu-alukan dan menggalak usaha kumpulan masyarakat, seperti Persatuan Confucius Nanyang, dalam membina keterlibatan dan hubungan antara agama.



"Saya berharap lebih banyak kumpulan akan menyertai usaha ini, supaya Singapura kekal menjadi sebuah negara bersatu padu dan berdaya tahan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >