Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Adik-beradik ‘Umaisyah’ di bawah jagaan alternatif: MSF

Penjagaan alternatif termasuk dengan ahli keluarga lain, teman, jagaan titipan atau rumah tumpangan
Sep 29, 2023 | 03:22 PM



Adik-beradik mangsa penderaan berusia dua tahun – yang ditampar oleh bapanya sehingga maut – telah diletakkan di bawah jagaan alternatif oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Penjagaan alternatif bermakna kanak-kanak boleh diletakkan di bawah penjagaan keluarga atau teman, penjagaan titipan atau rumah kanak-kanak sukarela.

Demikian dinyatakan MSF dalam satu laporan The Straits Times (ST).


MSF menambah, adik-beradik mangsa juga diberi sokongan yang diperlukan oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak.

Maklumat lanjut tentang kes tersebut tidak dapat diberikan kerana prosiding mahkamah bagi ibu mangsa masih berlangsung, jelas MSF.

Menurut ST, pasangan suami isteri itu mempunyai lima anak selain mangsa, iaitu Umaisyah.

Pada 19 September 2023, bapa Umaisyah dihukum jel 21½ tahun dan sebat 18 kali selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan menampar budak itu hingga menyebabkan kematiannya dan tidak memberinya bantuan perubatan.

Lelaki berusia 35 tahun itu juga mengaku bersalah atas tiga pertuduhan lain – mendera anak tiri lelakinya berusia enam tahun, merusuh dan mengambil dadah methamphetamine.


Lima pertuduhan lain diambil dalam pertimbangan ketika hukuman dijatuhkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Aedit Abdullah mengecam tindakan lelaki itu sambil menyifatkan tindakannya sebagai “kejam” dan “keji”.

Hakim Aedit turut membenarkan nama anak itu – Umaisyah – didedahkan kepada umum.

“Adalah penting kita mengingati mangsa dengan namanya,” kata beliau, sambil berkata peluang budak itu membesar dan menjalani kehidupan penuh bermakna telah dirampas.

Pasangan terbabit mempunyai empat anak menerusi perkahwinan mereka, termasuk Umaisyah. Si ibu, 34 tahun, mempunyai dua anak daripada perkahwinan sebelumnya.

Umaisyah diletakkan di bawah penjagaan keluarga angkat sejak dia berusia sekitar tiga bulan kerana bapanya ditahan di pusat pemulihan dadah, manakala si ibu didapati tidak dapat menjaganya.

Mangsa dipulangkan semula kepada pasangan terbabit sekitar dua tahun kemudian, namun dia didera oleh bapanya sehingga menyebabkan dia meninggal dunia.

Menurut ST, lelaki itu telah mendera sekurang-kurangnya dua anak lain.

Pada Mac 2014, pasangan tersebut tidak berpuas hati dengan Umaisyah kerana bermain dengan najisnya selepas anak kecil itu membuang air besar dalam lampinnya.

Bapanya, yang telah mengambil dadah methamphetamine pada sebelah pagi, menampar muka anak perempuannya dua hingga tiga kali.


Pihak pendakwa berkata perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan otak traumatik ketara, yang membawa kepada kematian budak itu.

Demi menghapuskan bukti, dia dan isterinya membakar mayat anak mereka itu dalam periuk keluli dan meletakkan mayat yang hangus itu dalam kotak kadbod.

Mereka menutup kotak itu dengan pita pelekat dan plastik pembungkus, sebelum meletakkannya di bawah dapur rumah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >