Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik, penyewa dikira salah jika ada bukti sampah dibuang dari flat mereka

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PEMILIK atau penyewa flat akan dianggap telah melakukan kesalahan membuang sampah dari bangunan tinggi jika terdapat bukti jelas perbuatan itu dilakukan dari unit mereka.



Itu sebahagian daripada pindaan kepada Rang Undang-Undang Kesihatan Awam Persekitaran yang diluluskan di Parlimen semalam.



Dengan pindaan tersebut, pemilik dan penyewa flat kediaman kini mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk mengelakkan perbuatan membuang sampah berlaku dari unit mereka.



Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata, semasa bacaan kali kedua rang undang-undang itu semalam, maklum balas mengenai perbuatan membuang sampah dari tempat tinggi meningkat lebih 60 peratus antara dua tempoh tiga tahun berturut-turut.



Ia naik daripada purata 19,000 kes antara 2017 dengan 2019 kepada purata 31,200 kes antara 2020 dengan 2022.



"Tindakan lebih tegas diperlukan untuk menangani punca masalah itu dan mencegah perbuatan membuang sampah dari tempat tinggi.



"Kami akan melakukannya dengan memperkenal anggapan untuk meletakkan tanggungjawab lebih besar ke atas pemilik dan penyewa flat kediaman untuk mengelakkan perbuatan membuang sampah dilakukan dari unit mereka, dan apabila kesalahan tersebut telah dilakukan, mereka mengambil tanggungjawab lebih besar untuk mengenal pasti pesalah," kata beliau.



Untuk menganggap pemilik atau penyewa flat telah melakukan kesalahan, Dr Khor berkata perlu ada bukti jelas yang merakam perbuatan membuang sampah itu, dan juga flat sampah itu berasal.



Sumber bukti utama yang akan digunakan ialah gambar atau rakaman dari kamera penguatkuasaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), namun pemerintah akan menerima bukti sedemikian yang diberi orang awam, tertakluk pada mutu bukti yang diperlukan untuk menyokong tindakan penguatkuasaan.



Namun, pemilik atau penyewa flat boleh menafikan dakwaan mereka telah melakukan perbuatan tersebut jika mempunyai bukti mereka tiada di rumah ketika kesalahan dilakukan, membuktikan orang lain melakukan kesalahan itu, atau memberi identiti individu yang beliau secara munasabah percaya adalah pesalahnya.



Pemilik dan penyewa flat perlu membuktikan mereka tidak bertanggungjawab bagi kesalahan itu dalam 14 hari sebelum dianggap bersalah.



Pesalah yang membuang sampah sembarangan dari bangunan tinggi boleh didenda hingga $2,000 jika didapati bersalah buat kali pertama. Pesalah kali kedua boleh didenda $4,000, manakala denda bagi pesalah kali ketiga dan seterusnya ialah $10,000.



Semasa pembahasan rang itu, beberapa Anggota Parlimen (AP) meluahkan keprihatinan bahawa pemilik atau penyewa flat mungkin meletak tanggungjawab ke atas kanak-kanak, warga emas atau individu kurang upaya bagi mengelak hukuman.



Dr Khor memberi jaminan NEA akan melakukan siasatan dan menilai perbuatan setiap kes dengan teliti, dengan individu yang didapati memberi maklumat palsu untuk membabitkan orang lain boleh didakwa memberi maklumat palsu.



NEA akan bersikap bijaksana dan berhati-hati dalam menyiasat kes melibatkan golongan lemah, termasuk kanak-kanak dan individu kurang upaya, tambah beliau.



Jika kesalahan dilakukan kanak-kanak bawah usia 12 tahun, tiada tindakan penguatkuasaan akan diambil kerana mereka mungkin tidak mempunyai kematangan mencukupi untuk memahami apa yang mereka lakukan.



Jika ia melibatkan pesalah dan individu kurang upaya dari segi mental, NEA akan merujuk kes kepada agensi kebajikan sosial untuk menyediakan bantuan lebih menyeluruh dengan keizinan pesalah. Jika pesalah tidak mampu memberi keizinan, izin waris akan diminta.



Bagi kes berulang melibatkan golongan lemah, NEA mungkin mendekati ibu bapa atau keluarga untuk melaksana langkah bagi mengelak perbuatan membuang sampah, seperti memasang jaring wayar di tingkap.



"Walaupun kami berempati dengan pesalah yang mengalami ketidakupayaan mental, NEA mungkin meneruskan pendakwaan untuk kes berulang dengan persetujuan Pejabat Peguam Negara (AGC), terutamanya jika pesalah sedar tentang sifat dan akibat daripada tindakannya dan tiada usaha dibuat untuk mencegah perkara itu berulang," kata Dr Khir.




APA KATA AP 



"Usul rang undang-undang mengenai anggapan bersalah bagi pemilik dan penyewa flat mungkin menimbulkan persoalan tentang proses wajar dan keadilan. Bolehkah kementerian memberi jaminan dan contoh bagaimana proses penguatkuasaan akan mempertimbang kesejahteraan warga emas, kanak-kanak kecil dan golongan lemah (termasuk yang menghadapi masalah kesihatan mental)?"



- Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).



"Masalah praktikal mungkin timbul apabila cuba menguatkuasa undang-undang baru ini. Contohnya, pemilik rumah mungkin di luar negara atau tidak dapat dihubungi dalam 14 hari, yang mereka perlu tunjukkan mereka tidak bertanggungjawab membuang sampah... Apakah langkah yang akan diambil oleh NEA untuk membersihkan pemilik rumah daripada syak wasangka ini?"



- Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >