Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asal usul berbeza namun sehati perangi dadah

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



MEREKA dua individu yang latar belakangnya berbeza, tetapi hati mereka bersatu dalam memperjuangkan hal yang serupa, iaitu membantu memastikan masyarakat Singapura kekal bebas dadah.



Encik Mohd Daud Mohd Bassar, 66 tahun, membantu bekas pesalah yang ingin meraih pendapatan dengan memberi mereka pekerjaan di kedai gunting rambutnya.



Sementara itu, Encik Idid Hazalee Hamid, 52 tahun, seorang bekas penagih yang serik keluar masuk penjara tiga kali, akhirnya membina semula kehidupannya, malah giat menyebarkan mesej antidadah pada waktu lapang.



Proses bekas penagih, seperti Encik Idid, untuk meninggalkan dunia gelap dadah bukan mudah, tetapi dengan tangan yang dihulur daripada anggota masyarakat, seperti Encik Daud, ia mendorong bekas pesalah agar tidak mensia-siakan peluang kedua mereka.



Ketika ditemui Berita Harian (BH), Encik Daud terus terang berkata:



"Sebenarnya, nak tukar dalam hidup, kita perlu dua perkara. Pekerjaan stabil dan pendapatan stabil. Itu yang saya percaya."



Lantas, terbit di hatinya untuk membuka kedai gunting rambut hampir dua dekad lalu supaya dapat dimanfaatkan bekas pesalah yang dibebaskan daripada penjara sebagai sumber mencari rezeki.



Pemilik tiga kedai gunting rambut di sini itu, bukanlah baru dalam kerja-kerja membantu penagih dan penjenayah agar pulang ke pangkal jalan.



Diberi gelaran 'Daud Siam', Encik Daud cukup dikenali geng samseng dan pesalah dadah zaman 90an kerana beliau banyak mengorbankan masa dan keringat untuk bantu menangani kegiatan samseng dan masalah penagihan dadah yang membelenggu masyarakat Melayu ketika itu.



Hingga kini, bapa tiga anak itu tidak pernah berputus asa dan masih percaya bahawa bekas pesalah patut diberi peluang, tidak kiralah kedua, ketiga atau keempat.



Encik Idid pula, yang kini merupakan pengurus restoran Wanderlost Lounge, berkata majikannya, Encik Max Ahmad, banyak membantu dan memberi inspirasi kepada beliau dan bekas pesalah lain yang bekerja dengannya.



Selain sokongan daripada masyarakat serta keluarga tersayang yang mewujudkan sekitaran yang positif, Encik Idid menekankan bahawa perubahan juga perlu datang daripada diri sendiri.



"Kita tak boleh terus salahkan pengaruh kawan yang membuat kita terjerumus dalam kancah dadah kerana ia sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri yang nak tahu bagaimana rasa 'high' daripada hisap dadah. Kalau bukan sebab sikap ingin tahu itu, saya tidak akan keluar masuk penjara," ujarnya.



Kini, bapa tiga anak itu mengisi masanya dengan kerja-kerja berfaedah seperti membantu mereka yang kurang bernasib baik dan menjalankan ceramah pendidikan pencegahan dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >