Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean tekankan 'kebimbangan serius' berkaitan Laut China Selatan

Jun 15, 2016 | 08:31 AM



KUNMING (Yunnan): Menteri luar Asean mengulangi "kebimbangan serius" mereka kepada China mengenai perkembangan Laut China Selatan dalam satu mesyuarat khas, sedang rakan sejawatan mereka dari China menggesa mereka usah melihat perairan yang dipertikai itu sebagai "jumlah keseluruhan hubungan China-Asean".



Tetapi sebagai tanda bahawa cabaran kekal antara dua pihak itu, satu sidang media bersama pada Selasa (14 Jun) antara pengerusi bersama mesyuarat tersebut - Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Luar China, Encik Wang Yi - akhirnya dipimpin oleh Encik Wang sahaja.



Sebaliknya, secara berasingan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura, Dr Balakrishnan mengambil perhatian mengenai "kebimbangan serius yang dinyatakan para menteri luar Asean mengenai perkembangan di lapangan dan menggesa Asean dan China terus bekerja bersama untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan".



Menambah pada kekeliruan itu, satu kenyataan bersama Asean dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia kepada media pada petang Selasa, tetapi ditarik balik kemudian.



Kenyataan yang ditarik balik itu berkata perkembangan terkini dan berterusan telah menghakis kepercayaan dan keyakinan, meningkat ketegangan dan mungkin mempunyai potensi menjejas keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.



Kenyataan MFA Singapura itu berkata menteri Asean menekankan keperluan meningkatkan usaha mencapai kemajuan mengenai pelaksanaan Deklarasi 2002 mengenai Tatalaku Pihak di Laut China Selatan, serta pembangunan substantif Kod Kelakuan, bagi menguruskan wilayah pertikaian di laut itu.



Singapura penyelaras negara semasa Hubungan Dialog Asean-China, yang menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini.



Para menteri luar itu membincangkan persiapan bagi Sidang Puncak Peringatan Asean-China yang akan berlangsung pada September di Laos, pengerusi semasa Asean.



Namun, Laut China Selatan - di mana China, Brunei, Taiwan, Vietnam, Malaysia dan Filipina mempunyai tuntutan wilayah bertindih - yang menjadi tumpuan.



Difahamkan, mesyuarat itu, yang berlangsung lebih lima jam, dijalankan dalam keadaan mesra walaupun berlaku tikam lidah antara China dan beberapa negara Asean.



Encik Wang mengakui China dan Filipina "mempunyai perbezaan mereka" dan kedua-dua negara menyatakan pendirian mereka pada mesyuarat itu.



"Tetapi ini bukan masalah antara China dan Asean dan tidak menjejaskerjasama antara China dan Asean," katanya. "Kerjasama China dan Asean jauh melebihi perbezaan mereka, termasuk isu Laut China Selatan."



Encik Wang berkata suasana di mesyuarat itu "baik" dan beliau meremehkan ketiadaan Dr Balakrishnan di sidang akhbar itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >