Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AVA tarik balik satu kumpulan produk formula susu Dumex

Aug 21, 2018 | 03:26 PM



SEKUMPULAN produk formula susu bayi jenama popular telah ditarik balik oleh Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) selepas bakteria ditemui dalam sampel ujiannya.



Menerusi satu kenyataan semalam (20 Ogos), AVA berkata mereka menemui bakteria Cronobacter sakazakii dalam sampel Dumex Mamil Gold Infant Milk Formula - Stage 1 (850 gram).



Produk formula susu berkenaan berasal dari Malaysia dan mempunyai tarikh luput sehingga 11 September 2019.



Nombor kumpulan produk itu adalah 09117R1.



Meskipun jarang berlaku, jangkitan daripada bakteria itu boleh menyebabkan bayi meninggal dunia kerana bakteria itu boleh menyebabkan meningitis atau sepsis.



Menurut akhbar The Straits Times, jurucakap Danone Dumex yang mengimport produk itu berkata tiada produk lain atau produk sama dalam saiz lain terjejas.



“Kami sedang menyiasat isu ini, dengan memberinya keutamaan tinggi,” kata jurucakap tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >