Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA YAACOB IBRAHIM

Badan Melayu/Islam ada daya tahan tinggi

Pencapaian, cabaran, peluang Daya tahan ke depan
Dec 31, 2017 | 05:30 AM



BADAN Melayu/Islam telah menunjukkan daya ketahanan yang tinggi dan berupaya menakat sejak sekian lama.



Pada masa yang sama mereka dapat terus kekal relevan dalam arus kehidupan Singapura yang cepat berubah.



Menekankan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim memberi beberapa contoh badan Melayu/Islam yang meraikan ulang tahun masing-masing dengan pencapaian membanggakan pada tahun lalu.



Badan itu termasuk Yayasan Mendaki yang meraikan ulang tahun ke 35, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang meraikan ulang tahun ke-55; Madrasah Aljunied meraikan ulang tahun ke-90; dan Masjid Khalid di Joo Chiat Road, meraikan ulang tahun yang ke-100 baru-baru ini.



"Pencapaian ini menunjukkan daya ketahanan dalam pertubuhan Melayu/Islam kita. Mereka dapat menakat sekian lama dan sehingga kini masih relevan dan berkembang," ujar Dr Yaacob yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan.



Memberi contoh, Dr Yaacob berkata PPIS yang sudah wujud selama 55 tahun - lebih lama daripada kemerdekaan Singapura (1965).



"PPIS berupaya merubah untuk kekal relevan. Dulu ia menganjurkan kegiatan seperti menjahit dan memasak bagi ibu tunggal. Hari ini, mereka melakukan lebih banyak lagi - mengendalikan pelbagai khidmat sosial dan program bagi kaum wanita muda. Mereka menunjukkan mereka berupaya memberi respons kepada keperluan masa," ujar beliau.



Madrasah Aljunied pula, menurut Dr Yaacob, meraikan ulangtahunnya yang ke 90 dengan mengenalpasti dan akur lulusan alumninya daripada tiga negara - Singapura, Malaysia dan Brunei.



"Ia menunjukkan pengaruh madrasah Aljunied dan institusi utama di rantau ini dan bukan hanya di Singapura masa zaman kegemilangannya. Ia terus berkembang dan pastinya prestij akhirnya adalah Kolej Islam Singapura yang kita harap dapat direalisasikan tidak lama lagi," ujar Dr Yaacob.



Namun, beliau berkata di sebalik kejayaan yang boleh dibanggakan itu, masyarakat Islam di sini masih menghadapi cabaran isu pengganasan dan radikalisasi.



"Kita perlu akur bahawa masalah itu kekal dan kami memberi respons kepada masalah itu dengan cara kita sendiri. Kita mengenalkan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) pada 1 Januari 2017. Selain itu, kita juga mempunyai rangkaian belia asatizah yang menangani golongan muda yang mungkin mempunyai masalah mereka sendiri," tambahmya.



Dr Yaacob berkata dengan usahasama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), perubahan kurikulum pendidikan agama oleh Muis, serta rancangan pembentukan Kolej Islam Singapura - ini semua menunjukkan iltizam masyarakat untuk mempunyai asatizah dan ulama setempat sendiri yang memahami konteks masyarakat berbilang kaum Singapura di samping berpegang teguh pada tradisi Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >