Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan mesti perbaiki aksesibiliti apabila jalani kerja tambahan dan perubahan

Jul 27, 2016 | 03:21 PM



BANGUNAN komersial dan institusi sedia ada dikehendaki memperbaiki aksesibiliti mereka apabila menjalani projek tambahan dan perubahan (A&A), di bawah satu peraturan baru yang bermula tahun depan.



Peraturan baru itu meliputi bangunan seperti pejabat, sekolah, pusat beli-belah dan pusat makanan.



Apabila bangunan tersebut menjalani A&A, mereka perlu juga membuat pintu masuk bebas halangan dengan mempunyai sama ada tanjakan, lif tangga atau lif platform, dan menyediakan sekurang-kurangnya satu tandas mudah akses.



Sedang bangunan baru telah memasukkan falsafah reka bentuk universal - reka bentuk yang memenuhi keperluan semua pengguna - masih terdapat bangunan lama yang tidak mudah diaksek, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, ketika mengumumkan perubahan itu.



Undang-undang bagi membuat bangunan bebas halangan diperkenal pada 1990 tetapi hanya terpakai untuk bangunan baru.



Sektor awam akan menerajui usaha itu, tetapi bagi bangunan sektor swasta, kira-kira satu daripada empat bangunan komersial dan institusi sedia ada masih tidak mudah diakses, kata Encik Wong.



"Kita perlu mempercepat kemajuan peningkatan aksesibiliti bagi infrastruktur sedia ada dan bagi bangunan sedia ada," kata beliau semasa merasmikan Minggu Reka Bentuk Universal Singapura tahunan pada Rabu (27 Julai).



Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan berunding dengan pihak berkepentingan mengenai butir-butir peraturan baru itu sebelum ia dilaksana.



Tarikh tepat peraturan itu akan bermula belum diumum.



Encik Wong turut mengumumkan langkah lain bagi menggalak usaha menjadikan bangunan lebih mudah diakses.



Antara lain, BCA akan melanjutkan Dana aksesibiliti sebanyak $40 juta selama lima tahun lagi hingga Mac 2022, memperluas skop untuk meliputi lebih banyak ciri, seperti papan tanda braille untuk orang cacat penglihatan, dan membolehkan pemilik bangunan memanfaatkan dana itu dua kali dan bukan sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >