Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa jalan raya ditutup bagi upacara semadi mendiang Lee

Mar 23, 2015 | 03:42 PM



JENAZAH mendiang Encik Lee Kuan Yew akan diletakkan di bangunan Parlimen lusa (25 Mac) sehingga Sabtu (28 Mac) mulai 10 pagi hingga 8 malam untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir.


Beberapa jalan raya bagi memudahkan upacara tersebut akan ditutup.


Berikut adalah laluan dan jalan raya yang akan ditutup kepada trafik.


8.30 pagi (23 Mac) - 6 pagi (25 Mac)


- Laluan paling kiri di Fullerton Road (antara Empress Place dengan Parliament Place)


8.30 pagi - 1 petang (23 Mac)


- Laluan paling kanan Parliament Place (antara The Arts House dengan Saint Andrew's Road)


1 tengahari (23 Mac) - 6 pagi (25 Mac)


- Laluan paling kiri Saint Andrew's Road (antara Parliament Place dengan Coleman Street)


1 petang (23 Mac) - 2 petang (29 Mac)


- Parliament Place (antara Supreme Court Lane dengan Saint Andrew's Road)


7 pagi (24 Mac) - 2 petang (29 Mac)


Laluan paling kanan Parliament Place (antara North Bridge Road dengan Supreme Court Lane)


12.01 tengah malam (25 Mac) - 2 petang (29 Mac)


- Connaught Drive


6.00 pagi (25 Mac) - 2 petang (29 Mac)


- Fullerton Road (antara Esplanade Drive dengan Parliament Place)


- Saint Andrew's Road (antara Parliament Place dengan Coleman Street)


8 pagi - 8 malam setiap hari (mulai 25 Mac - 29 Mac)


- Laluan paling kiri North Bridge Road (antara Parliament Place dengan Parliament House)


Kelewatan trafik boleh dijangkakan dekat kawasan bangunan Parlimen seperti di sepanjang Hill Street, High Street dan North Bridge Road.


Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang awal perjalanan mereka.


Orang ramai yang menuju ke bangunan Parlimen dinasihatkan agar menaiki pengangkutan awam.


Tempat meletak kereta di bangunan Parlimen akan ditutup pada waktu ini.


Hanya kenderaan yang mempunyai label yang diluluskan akan dibenar masuk ke tempat meletak kereta itu.


Penutupan jalan raya bagi memudahkan pergerakan kenderaan meriam daripada Istana ke bangunan Parlimen pada Ahad, 29 Mac mulai 8.45 pagi - 9.30 pagi.


Menurut kenyataan jabatan Polis Trafik Pasukan (TP) Polis Singapura (SPF), keranda mendiang Encik Lee Kuan Yew akan diletakkan di atas sebuah kenderaan meriam.


Pergerakan kenderaan meriam itu akan meninggalkan Istana untuk menuju ke bangunan Parlimen pada 29 Mac pada 9 pagi.


Berikut adalah jalan raya yang akan ditutup untuk memudahkan pergerakan daripada 8.45 pagi hingga 9.30 pagi:


a) Orchard Road (antara Buyong Road dengan Selegie Road);


b) Bras Basah Road (antara Selegie Road dengan North Bridge Road); dan


c) North Bridge Road (antara Bras Basah Road dengan North Boat Quay)


Para pengguna jalan raya boleh menjangkakan kelewatan trafik di sepanjang jalan raya yang terjejas dengan penutupan jalan raya.


Para pegawai polis dan para pegawai polis sokongan (auxiliary) akan ditempatkan di kesemua simpang jalan raya yang terjejas untuk mengarahkan trafik.


Para pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan kenderaan sebarangan di sepanjang jalan raya yang terjejas kerana ia akan ditarik pergi.


Orang ramai yang mempunyai sebagai pertanyaan mengenai persemadian jenazah serta upacara ini boleh menghubungi talian 6336 1166.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >