Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS

Sentiasa sedia cari huraian isu BEKALAN MAKANAN

* Kenaikan harga makanan timbulkan keprihatinan ramai warga * Perkembangan semasa jadi ‘peringatan’ bagi S’pura agar terus perkukuh strategi pastikan ia lebih bersedia hadapi krisis bekalan
Jun 12, 2022 | 05:30 AM



TIGA peti sejuk tersergam indah sebaik melangkah kaki ke kawasan dapur.



Salah satunya khas bagi barangan beku.



Malah, sejak larangan eksport ayam diumumkan negara jiran, peti sejuk khas kepunyaan Haji Abdul Latiff sekeluarga penuh diisi 'stok' baru - antaranya termasuk lima ekor ayam dan beberapa jenis ikan.



Dengan krisis Russia-Ukraine yang telah menyebabkan harga beberapa produk makanan meningkat, Haji Abdul Latiff khuatir larangan eksport ayam yang dikuatkuasakan di Malaysia akan menyebabkan harga makanan, terutama ayam, terus melonjak tinggi.



Beliau dan isteri langsung memutuskan untuk menambah jumlah barangan makanan seperti daging ayam dan ikan yang dipesannya secara dalam talian dari salah sebuah perniagaan tempatan.



"Bila dengar (berita larangan eksport ayam) itu, saya bilang orang rumah saya kita 'stock up' lebih sikit sebelum naik harga.



"Bimbang juga, pasal ini makanan harian kita kan, kalau dah terjejas susah juga," ujar Haji Abdul Latiff, 68 tahun, yang mengakui sering makan di rumah kerana isterinya gemar memasak.



Kenaikan pada harga makanan kian menimbulkan keprihatinan ramai warga Singapura termasuk Haji Abdul Latiff.



Ia juga telah sekali lagi menimbulkan persoalan tentang isu keselamatan makanan di Singapura serta tahap kesediaannya menghadapi krisis makanan.



SINGAPURA BERSEDIA HADAPI KRISIS MAKANAN?



Keputusan menghentikan eksport bahan makanan yang telah diambil beberapa negara menunjukkan kemungkinan berlakunya krisis makanan.



Selain larangan eksport ayam yang dikuatkuasa Malaysia, India juga menghentikan eksport gandum, sementara Indonesia menghentikan bekalan minyak kelapa sawit ke luar negara.



Perkembangan ini merupakan 'peringatan' bagi Singapura agar terus memperkukuh strateginya dalam memastikan ia lebih bersedia menghadapi krisis bekalan makanan, menurut pakar ekonomi dan sains makanan yang dihubungi Berita Minggu.



Sebanyak 90 peratus daripada makanan di Singapura diimport dari pelbagai negara - daripada sedekat negara jiran Malaysia dan Indonesia kepada Brazil dan Afrika Selatan.



Pengalaman Singapura sebelum ini serta perkembangan terkini mendorong Singapura terus menumpukan terhadap usaha mempelbagaikan sumber makanannya, namun ia masih memerlukan huraian yang menggabungkan pengeluaran makanan tempatan dan juga bekalan yang diimport bagi memastikan sumber yang lebih stabil, kata Profesor Madya Goh Puay Guan dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).



"Singapura akan berusaha mengurangkan risiko yang boleh menjejas keselamatan makanan, namun kita tak mempunyai tanah dan tidak boleh hanya bergantung pada diri sendiri untuk mengeluarkan makanan.



"Kita perlu menjaga hubungan perdagangan dan keterhubungan dengan negara berbeza kerana ini akan membantu kita mendapatkan makanan dari pelbagai sumber," ujarnya sambil menambah langkah menyimpan barangan makanan atau "stockpile" juga penting supaya Singapura bersedia jika bekalan terjejas.



Pengarah program sains makanan dan teknologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor William Chen, menekankan pentingnya import-eksport makanan untuk semua negara dunia.



Katanya: "Tidak ada satu negara yang mampu menghasilkan kesemua makanan yang diperlukan, kerana ia tidak berkesan dari segi ekonomi.



"Sedangkan negara agrikultur utama seperti China dan Amerika Syarikat merupakan antara pengimport makanan terbesar."



TRANSFORMASI SISTEM MAKANAN



Kepakaran teknologi yang dimiliki Singapura mungkin huraian yang dicari-cari dalam usaha menangani cabaran berkaitan bekalan makanan, menurut pakar.



Bukan sahaja ia dapat mengatasi cabaran yang dihadapi malah boleh dikongsi dengan negara lain bagi membantu melancarkan sistem bekalan makanan bagi negara-negara lain.



Contohnya, salah satu bidang kajian yang diberi tumpuan oleh pasukan daripada Fakulti Makanan, Kimia dan Bioteknologi di Institut Teknologi Singapura (SIT) adalah mendorong inovasi makanan mampan.



Pasukan yang dianggotai Penolong Profesor Adison Wong itu memberi tumpuan terhadap menghasilkan "makanan masa depan" termasuk sumber protein alternatif dan bekerjasama rapat dengan industri dalam usaha mengubah idea dan teknologi menjadi produk komersial.



"Penting untuk kita mempunyai keupayaan untuk mengekalkan bekalan makanan kita sendiri, sekurang-kurangnya untuk tempoh kritikal semasa krisis bekalan makanan sementara rantaian bekalan baru ditubuhkan," kata Profesor Wong.



Ladang bandar dan vertikal kian bertambah dan pemerintah juga telah memberikan geran dan sokongan kepada syarikat dalam sektor ini, contohnya geran Express 30x30, yang memperuntukkan $30 juta untuk menyokong industri agri-makanan.



Ladang makanan tempatan boleh mengurangkan kesan gangguan terhadap rantaian bekalan yang disebabkan perubahan iklim, wabak mahupun turun naik pasaran.



Namun, teknologi baru, contohnya yang membolehkan pengeluaran yang lebih banyak tanpa memerlukan tenaga kerja yang banyak, perlu diterapkan bagi menjamin pengeluaran makanan secara berterusan, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas Blue Aqua International Group, Dr Farshad Shishehchian.



Blue Aqua International Group mengendalikan beberapa ladang ikan akuakultur di Singapura, dan mempunyai cawangan yang berpangkalan di negara lain termasuk Indonesia dan Vietnam.



"Kesedaran perlu dipertingkat tentang pentingnya pertanian di bandar, terutama sekali dalam meningkatkan penerimaan dan sokongan pasaran tempatan terhadap produk makanan yang dihasilkan di ladang tempatan, bukan hanya semasa berlakunya kekurangan," katanya.



Profesor Chen turut menekankan bahawa minda yang terbuka dalam kalangan anggota masyarakat penting dalam memastikan pendekatan menyeluruh dalam mencari huraian kepada isu keselamatan makanan ini.



"Kita sebagai konsumer perlu lihat sendiri makanan kita dan mengusahakan huraian ini bersama.



"Orang ramai perlu sedar mereka boleh mendapatkan produk makanan tempatan dan secara kolektif jika kita dapat menyokong produk tempatan bersama, permintaan yang tinggi mungkin menyebabkan harganya turun lebih rendah," kata Profesor Chen.



Kenaikan harga makanan timbulkan keprihatinan ramai warga



Perkembangan semasa jadi 'peringatan' bagi S'pura agar terus



perkukuh strategi pastikan ia lebih bersedia hadapi krisis bekalan




APA KATA PENGAMAT



STRATEGI S'PURA UNTUK DAPATKAN MAKANAN DARI PELBAGAI SUMBER



"Singapura akan berusaha mengurangkan risiko yang boleh menjejas keselamatan makanan, namun kita tak mempunyai tanah dan tidak boleh hanya bergantung pada diri sendiri untuk mengeluarkan makanan.

Kita perlu menjaga hubungan perdagangan dan keterhubungan dengan negara berbeza kerana ini akan membantu kita mendapatkan makanan dari pelbagai sumber."

- Profesor Madya Goh Puay Guan dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).



PENTINGNYA KEUPAYAAN KEKALKAN BEKALAN MAKANAN SENDIRI



"Penting untuk kita mempunyai keupayaan untuk mengekalkan bekalan makanan kita sendiri, sekurang-kurangnya untuk tempoh kritikal semasa krisis bekalan makanan sementara rantaian bekalan baru ditubuhkan."
- Profesor Madya Addison Wong, daripada Fakulti Makanan, Kimia dan Bioteknologi di Institut Teknologi Singapura (SIT).



SOKONG PRODUK TEMPATAN



"Kita sebagai konsumer perlu lihat sendiri makanan kita dan mengusahakan huraian ini bersama.

Orang ramai perlu sedar mereka boleh mendapatkan produk makanan tempatan dan secara kolektif jika kita dapat menyokong produk tempatan bersama, permintaan yang tinggi mungkin menyebabkan harganya turun lebih rendah."

- Profesor William Chen, Pengarah program sains makanan dan teknologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >