Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas doktor estetik mengaku salah sebabkan kematian pesakit sedut lemak

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



SEORANG bekas doktor estetik telah memberi pesakit yang menjalani rawatan sedut lemak dengan dos sedatif berlebihan meskipun dia tidak dilatih memberikannya dan gagal memantau pesakit selepas pembedahan.



Dia kemudian berbohong mengenai ubat sedatif yang diberikan dan meninggalkan butiran penting pada pembedahan yang gagal itu, yang menyebabkan kematian pesakit itu pada 2009, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Jim Wong Meng Hang, 46 tahun, mengaku bersalah kelmarin atas tuduhan menyebabkan kematian Encik Franklin Heng Ang Tee dengan perbuatan terburu-buru atau cuai yang tidak merupakan pembunuhan/homisid salah.



Wong akan kembali ke mahkamah pada April.



Kes berprofil tinggi itu adalah kematian pertama direkodkan di Singapura akibat rawatan estetik.



Pembantu Wong, Zhu Xiu Chun, juga dikenali sebagai Myint Myint Kyi, 58 tahun, sebelum ini didakwa atas satu tuduhan bersubahat dengan Wong dalam perbuatan terburu-burunya.



Wong, yang dibantu oleh Zhu, melakukan pembedahan sedut lemak ke atas Encik Heng di Klinik Reves di Orchard Road pada 30 Disember 2009.



Encik Heng, ketika itu berusia 44 tahun, adalah ketua eksekutif firma pengurusan hartanah YTL Pacific Star.



Beliau bersetuju dengan prosedur membuang lemak dari bahagian bawah punggung dan perutnya dan menyuntik sebahagian daripadanya ke dalam dadanya.



Kededua doktor itu memberikan dos sedatif yang kuat - propofol - walaupun mereka tidak dilatih menggunakan ubat tersebut.



Wong mengarahkan Zhu meningkatkan dos ubat setiap kali Encik Heng diperhatikan menunjukkan sebarang tanda tindak balas terhadap rangsangan sakit, pergerakan atau ketidakselesaan.



Dos terbukti berlebihan, dan menyebabkan Encik Heng tersedasi yang mendalam.



Selepas prosedur itu, Encik Heng ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam bilik oleh Wong dan Zhu selama sekurang-kurangnya 5 minit, dengan hanya Cik Hong Jie Ying, 32 tahun, berada di situ. Beliau bekerja di klinik itu sebagai jururawat, tetapi tidak didaftarkan.



Sedasi mendalam meningkatkan risiko kemurungan saluran pernafasan dan Encik Heng mengalami sesak nafas selepas saluran pernafasannya runtuh, kata kenyataan dokumen mahkamah.



Ketika ditanya paramedik dan doktor di hospital, Wong mendakwa bahawa pesakit telah diberikan Pethidine, ubat penahan sakit, dan bius/anestetik setempat tetapi bukan ubat sedatif.



Walaupun terdapat percubaan menyelamatkan pesakit oleh doktor hospital, Encik Heng meninggal dunia tanpa sedarkan diri.



Wong kemudian berbohong dalam nota pascaprosedurnya, dan meninggalkan butiran penting dalam prosedur, seperti jumlah Propofol yang diberikan.



Wong dan Zhu diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan membayar $3.26 juta kepada keluarga Encik Heng pada 2016 selepas mereka meminta ganti rugi.



Pada November 2018, Mahkamah disertai tiga hakim, yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Encik Sundaresh Menon, Hakim Rayuan Encik Andrew Phang dan Cik Judith Prakash, memerintahkan supaya Wong dikeluarkan daripada senarai pendaftaran doktor estetik dan Zhu digantung selama 18 bulan.



Oleh kerana menyebabkan kematian dengan perbuatan terburu-buru, Wong dan Zhu boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >