Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Restoran Islamic agih nasi beriani percuma sempena ulang tahun ke-100

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



TIDAK banyak syarikat yang boleh berbangga kerana dapat bertahan selama 100 tahun.



Itulah keistimewaan restoran nasi beriani pertama Singapura, Restoran Islamic, yang akan menyambut ulang tahun ke-100 April ini.



Bagi meraikan hari istimewa itu, sebanyak 2,021 bungkusan beriani ayam akan diagihkan kepada kakitangan barisan hadapan di enam hospital setempat serta orang awam.



Menurut Encik Kalilnoor Rahaman Abdul Wahab, pemilik generasi ketiga dan cucu pengasas Restoran Islamic, pengagihan bungkusan percuma itu adalah caranya untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai pelanggannya selama ini.



"Walaupun saya sudah lama berniaga di kawasan ini ada pelanggan yang sudah mula menjamu selera di kedai ini sebelum saya dilahirkan lagi. Mereka adalah pelanggan-pelanggan yang saya hargai," kata Encik Kalil, 59 tahun.



Menurutnya, agihan bungkusan nasi beriani itu akan dijalankan selama lima hari dari 31 Mac bagi kakitangan penjagaan kesihatan. Pelanggannya pula boleh mendapatkan beriani ayam percuma pada hari ulang tahun restoran itu sendiri.



Restoran Islamic dibuka pada 1921 oleh datuknya, Allahyarham M. Abdul Rahiman, yang berhijrah ke Singapura dari Tamil Nadu, India Selatan, dalam tahun 1900 untuk mencari kehidupan lebih baik.



Beliau bekerja dengan beberapa kedai makan di sini bagi mengasah kemahirannya dalam bidang memasak. Peluang datang bergolek apabila beliau diambil bekerja sebagai cef keluarga Alsagoff yang ternama.



Tanpa disangka, arwah datuknya juga diketemukan jodoh dengan anak angkat keluarga Alsagoff, Allahyarhamha Asiah Ammal, seorang anak kelahiran Cina Hakka. Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan 10 cahaya mata.



Semasa mula-mula menjalankan perniagaan, Allahyarham Rahiman menjual makanan India seperti perata dan nasi campur.



Hanya pada 1921, beliau membeli sebuah kedai di nombor 797 North Bridge Road pada harga $7,000 bagi memulakan perniagaan Restoran Islamic, nama yang diberikan rakan Pakistannya.



Allahyarham Rahiman amat pemurah dan semasa perang dunia, beliau banyak mendermakan makanan seperti nasi dan dal kepada golongan miskin.



Kini, nasi beriani di Restoran Islamic ini digemari bukan hanya oleh penduduk tempatan, malah ramai pelawat dari negara-negara jiran seperti kerabat di raja dari Malaysia dan Brunei.



Restoran Islamic juga merupakan firma katering utama di Istana apabila Encik Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura.



Encik Kalilnoor berharap perniagaannya akan terus menjadi perniagaan keluarga yang akan berlanjutan pada masa depan.



"Kami berjaya bertahan selama 100 tahun sekarang.



"Jika diizikan, saya berharap perniagaan ini dapat diteruskan selama 500 tahun lagi insya-Allah," katanya sambil menambah bahawa anak tunggalnya, Abdul Rahman Kalilnoor Rahaman, kini menunjukkan minat untuk mengambil alih perniagaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >