Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BHG ambil alih tempat Robinsons di Raffles City

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



BHG Singapore akan mengambil bekas premis dua tingkat pusat beli belah Robinsons di Raffles City yang telah ditutup sepenuhnya pada Sabtu lalu.



Dengan Raffles City Singapore sebagai rakan kongsi, pusat belah itu akan menawarkan gedung dengan konsep baru yang mempamerkan produk kecantikan, fesyen, dan produk hiasan rumah.



Gedung yang akan dikenali sebagai One Assembly, akan dibuka pada akhir bulan ini, kata BHG Singapore dan Raffles City Singapore dalam satu kenyataan bersama semalam.



"Sebagai pemain mapan dalam industri runcit, BHG Singapore dan Raffles City Singapore memanfaatkan gabungan industri mereka untuk meneroka cara-cara baru bagi kerjasama dan menyuntik gaya hidup baru ke persada runcit tempatan," kata kenyataan itu.



Gedung berkonsep itu juga dijangka akan memajukan pendekatan pembayaran digital.



Pembeli akan mempunyai pilihan untuk membayar pembelian mereka menggunakan baucar eCapita dan wadah pembayaran Hoolah dan FavePay.



Di masa depan, gedung itu berhasrat untuk menyediakan beberapa produknya di eCapitaMall, pusat membeli-belah digital CapitaLand.



Pusat beli-belah itu telah mengubah sebahagian perniagaan mereka dalam talian di tengah wabak koronavirus.



Pada November lalu, BHG Singapore memberitahu akhbar The Straits Times bahawa ia melancarkan laman membeli-belahnya sendiri pada Jun tahun itu.



Ia juga mengambil bahagian dalam penjualan 11.11 dan Black Friday tahun lalu.



Untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah, gedung One Assembly akan mempunyai dua kabin spa untuk pembeli yang ingin berehat.



"One Assembly akan memberikan pengalaman baru kepada pembeli. Dengan gabungan lokasinya, kami yakin ia akan menjadi destinasi pilihan bagi pembeli kami," kata pengarah urusan BHG Singapore Udai Kunzru semalam.



Robinsons di Raffles City sebelum ini menempati kawasan seluas 85,000 kaki persegi tiga tingkat bangunan tersebut.



Robinsons mengumumkan pada 30 Oktober tahun lalu bahawa ia akan menutup dua gedung terakhirnya di Singapura, dengan mengatakan bahawa keputusan untuk membubarkan perniagaan itu didorong oleh pelbagai faktor, termasuk perubahan selera pengguna dan tekanan kos seperti sewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >