Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Bil elektrik lebih tinggi dari Julai hingga September, tarif naik 1.2%

Jun 30, 2023 | 05:43 PM



Pengguna di Singapura akan membayar bil elektrik lebih tinggi dari Julai hingga September dengan tarif meningkat secara purata 1.2 peratus daripada suku sebelumnya.

Bagi isi rumah, tarif elektrik sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkat daripada 27.43 sen kepada 27.74 sen setiap kilowatt sejam (kWh) dari 1 Julai hingga 30 September, kata pengendali grid SP Group pada Jumaat.

Dengan mengambil kira kadar GST sebanyak 8 peratus sejak 1 Januari, tarif baru ialah sebanyak 29.96 sen, meningkat daripada 29.62 sen antara April dengan Jun.

Ini bermakna purata bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik akan meningkat sebanyak $1.14 sebelum GST, lapor The Straits Times.


Bil elektrik sedia ada bagi flat HDB empat bilik ialah $100.62 sebelum GST, bagi purata penggunaan bulanan sebanyak 366.84kWh.

Bil tersebut akan menjadi $101.76 bagi penggunaan yang sama mulai Julai.

Ini adalah suku pertama tarif elektrik dinaikkan, setelah tarif diturunkan buat tiga suku berturut-turut sejak Oktober 2022.

Peningkatan itu disebabkan kos tenaga lebih tinggi, kata SP, sambil menambah bahawa kos tenaganya telah meningkat sebanyak 0.31 sen setiap kWh, manakala kos lain kekal sama.

Kos-kos ini, yang dibayar kepada syarikat penjanaan kuasa, diselaraskan setiap suku tahun untuk mencerminkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kuasa.

Kos tenaga menyumbang 75.7 peratus kepada tarif, manakala selebihnya terdiri daripada perbelanjaan menyalurkan elektrik melalui grid kuasa dan operasi.

Sementara itu, City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip, turut mengumumkan pada Jumaat bahawa tarif gas bagi isi rumah sebelum GST akan meningkat sebanyak 0.23 sen setiap kWh, daripada 21.68 sen setiap kWh kepada 21.91 sen setiap kWh bagi tempoh 1 Julai hingga 30 September.

Tarif yang disemak selepas GST ialah 23.66 sen setiap kWh.

City Energy mengaitkan kenaikan tarif gas itu pada kos bahan api yang lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >