DALAM ucaptamanya di majlis perjumpaan Hari Raya Asatizah 2018 yang dianjurkan oleh Pejabat Skim Pengiktirafan Asatizah dan Pejabat Mufti di Suntec City Convention Centre baru-baru ini, Mufti Dr Mohamad Fatris Bakaram menegaskan bahawa Islam secara dasarnya adalah sebuah dialog yang berterusan di antara nas-nas agama yang bersifat tetap dan realiti kehidupan yang sentiasa berkembang dan berubah-ubah.
Beliau menggesa para ulama dan asatizah setempat untuk memahami realiti kehidupan dan konteks masakini serta mengajak mereka untuk meletakkan keutamaan pada agenda agama dalam masyarakat setempat.