Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh guna kad Visa semula untuk bayar tambang teksi ComfortDelGro mulai Jan

Dec 16, 2015 | 11:07 AM



PEMBAYARAN melalui kad Visa akan diperkenal semula bagi teksi ComfortDelGro mulai Januari depan, hampir tiga tahun selepas Visa menghentikan perkhidmatan itu bagi semua teksi di Singapura.


Bagaimanapun seperti semua kad kredit lain, penumpang menggunakan kad kredit Visa dikenakan levi 10 peratus - bayaran tambahan yang dahulu tidak setujui Visa hingga menyebabkan ia menghentikan perkhidmatan itu bagi teksi ComfortDelGro, Trans-Cab dan Prime pada Julai 2013, disusuli Premier dan SMRT.


Akhbar The Straits Times melaporkan Pengurus Negara Visa bagi Singapura dan Brunei, Cik Ooi Huey Tyng, berkata menyusuli satu semakan, ia memutuskan memperkenal semula pembayaran kad, termasuk pilihan tanpa sentuh payWave, bagi teksi.


Ini kerana landskap industri teksi telah berubah, katanya, dengan populariti dan ketersediaan aplikasi tempahan teksi pihak ketiga seperti Uber Teksi dan GrabTaxi.


Melalui aplikasi tu, penumpang boleh membayar menggunakan Visa, dan tanpa bayaran tambahan. Terdapat hampir 700,000 urus niaga tersebut setiap bulan - peningkatan lapan kali ganda berbanding setahun lalu, kata syarikat itu.


Walaupun levi 10 peratus itu dikekalkan, Visa tetap teguh dengan dasarnya tidak mengenakan bayaran tambahan bagi semua urusannya.


"Kami amat kecewa kerana tidak berupaya menghapuskan atau mengurangkan bayaran tambahan 10 peratus itu selepas perbincangan panjang dengan Comfort," kata Cik Ooi.


Pegawai komunikasi korporat Kumpulan ComfortDelGro, Cik Tammy Tan, berkata teksi itu akan menerima bayaran kad Visa mulai 1 Januari, dengan pelaksanaan bagi semua 17,000 teksinya mengambil mada kira-kira tiga bulan.


Ketika ditanya apakah bayaran Visa akan diperkenal semula bagi teksi yang dikendalikan empat pengendali lain di sini - Premier, Prime, SMRT dan Trans-Cab - Cik Ooi berkata syarikat itu dibuka untuk bekerjasama dengan mereka.


Syarikat teksi berkata sebelum ini bahawa bayaran tambahan itu bertujuan menampung bayaran yang mereka perlu bayar kepada bank bagi setiap transaksi kad, yang dianggarkan antara 2 dan 3 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >