SEORANG 'bomoh' dihukum penjara 12 tahun dan rotan 12 kali pada Isnin (4 Julai) kerana merogol seorang wanita yang meminta bantuannya untuk menghalau "hantu" di flatnya.
Hakim Chan Seng Onn menyifatkan perbuatan Ow Siew Hoe itu "sungguh kejam" dan meninggalkan kesan psikologi berpanjangan ke atas mangsanya, yang namanya tidak boleh disiarkan.
Ow, 49 tahun, yang juga dikenali sebagai Ow-Yong Siew Hoe, mengakui pada Mac lalu melakukan serangan seksual ke wanita berusia 35 tahun itu apabila beliau menjadi mengantuk selepas minum secawan "air suci" yang diberi Ow.
Apabila mangsa bersemuka dengannya mengenai apa yang telah dilakukannya, Ow berkata dia terpaksa menggunakan air maninya untuk menyelamatkan hantu itu, kerana jika tidak, wanita tersebut dan suaminya akan mati.
Pihak pendakwa memberitahu mahkamah mangsa cenderung berasa hendak bunuh diri selepas kejadian rogol pada Februari 2014 itu. Dua tahun selepas kejadian itu, dia masih mempunyai imbasan mengenai kejadian tersebut dan bimbang keluar seorang diri.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) David Khoo menggesa Hakim Chan Seng Onn menyimpulkan bahawa Ow memberi wanita itu dadah, walaupun tidak ada bukti muktamad.
Ubat sedatif seperti Xanax dan Dormicum ditemui di rumah Ow dan tidak ada penjelasan musabah lain mengapa wanita itu tiba-tiba berasa lemah, hujah DPP.
Pembukaan lagu, Campak Bintang, ini saja cukup untuk menimbulkan semangat kewiraan penulis, seolah-olah satu undangan untuk menyelongkar seni kata lagu ini dengan lebih dekat.
Setulusnya, apabila
Kehilangan gigi boleh memberi kesan kepada keyakinan diri, kesukaran menikmati hidangan dan juga kelancaran pertuturan, malah memberi kesan kepada struktur muka seseorang.
Kepada individu yang kesemua
Gigi palsu adalah pengganti bagi gigi asli yang tanggal dan menjejas tisu di sekelilingnya.
Peranti prostetik itu berfungsi sebagai penyelesaian praktikal bagi individu yang tanggal gigi disebabkan
Kisah cinta Rizky Febian dan Mahalini dilestarikan dalam lagu, Bermuara, sempena pernikahan mereka baru-baru ini.
Biarpun bukan kali pertama kedua-dua insan bercinta ini berkolaborasi, namun rasanya
ILLYDEA ISHAK
Bagai sirih pulang ke gagang.
Begitulah reaksi penulis apabila pertama kali mendengarkan lagu, Dari Jauh, sajian terkini Alyph, sekali gus menandakan kembalinya penyanyi itu kepada irama
Dikenali sebagai negeri Di Bawah Bayu, Sabah memang terkenal dalam kalangan penduduk Singapura.
Keindahan pemandangan di Sabah merupakan salah satu sebab mengapa ia menjadi destinasi pilihan ramai
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Sambutan Hari Raya sebulan di Singapura dengan bermacam sajian seni di kelab masyarakat, muzium dan pelbagai ruang awam bakal dilabuhkan tirainya pada 11 dan 12 Mei.
Dalam kesibukan kita kunjung

Beliau berkata Ow mengambil kesempatan daripada rasa takut wanita itu dan berlagak kononnya dia boleh menyelamatkan beliau daripada hantu jahat.
Pada Februari 2014, wanita itu, seorang warga Malaysia yang berkahwin dengan seorang warga Singapura, mula percaya ada hantu dalam flatnya. Pembantu jualan itu meminta nasihat ibu mentuanya, yang memberitahunya bahawa kakaknya tahu seorang "bomoh kuat" - Ow - yang boleh membantu beliau.
Pada 20 Feb 2014, Ow memberitahu wanita itu ada "perkara-perkara kotor" dalam flatnya tetapi dia boleh membantu menghilangkan mereka.
Pada 25 Feb, apabila mangsa pergi ke flat Ow untuk mengambil barang bagi melindungi dirinya, Ow menyuruhnya minum sedikit "air suci". Apabila beliau menjadi mengantuk dan pening, Ow membawanya ke sebuah bilik, menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.
Wanita itu cuba menolak Ow tetapi terlalu lemah.
Selepas kejadian itu, mangsa menelefon Ow dan bertanya mengapa dia merogol beliau. Ow memberitahunya dia berjuang dengan "hantu" di flatnya dan mencederakan mereka.
Dia juga berkata dia dipaksa supaya merogolnya.
Wanita itu membuat lapran polis dan Ow ditangkap pada 28 Feb.