Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES RASUAH KEPPEL OFFSHORE & MARINE (O&M)

Bukti di S'pura tiada asas cukup untuk dakwaan lebihi keraguan: Indranee

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI enam mantan kakitangan pengurusan kanan syarikat Keppel Offshore & Marine (KOM) tidak didakwa di mahkamah atas kes rasuah melibatkan jutaan dolar kerana bukti yang ada di Singapura tidak mempunyai asas yang mencukupi untuk berbuat demikian melebihi keraguan yang munasabah, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.



Sebaliknya, mereka diberi amaran keras oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).



Menjawab pertanyaan yang dikemukakan beberapa Anggota Parlimen (AP) berhubung kes berprofil tinggi itu di Parlimen semalam, Cik Indranee berkata langkah memberi amaran keras kepada enam individu itu bagaimanapun tidak mengubah dasar toleransi sifar Singapura terhadap rasuah.



Seramai 17 AP telah mengemukakan soalan berhubung kes tersebut termasuk mengapa Pejabat Peguam Negara (AGC) dan CPIB mengambil langkah tidak mendakwa individu itu dan respons pemerintah berhubung keprihatinan bahawa denda yang dikenakan terhadap mereka adalah terlalu ringan.



Bulan lalu, CPIB memberi amaran keras terhadap enam mantan kakitangan pengurusan kanan KOM itu atas kes rasuah melibatkan syarikat gergasi minyak Petrobras dari Brazil dan sejumlah AS$55 juta ($73 juta).



KOM didakwa berkomplot dengan pihak lain antara 2001 dengan 2014 untuk memberi rasuah besar kepada pegawai daripada syarikat minyak milik Brazil, Petrobras, untuk mempengaruhi usaha mendapatkan 13 projek di Brazil.



Bayaran terlarang itu disembunyi dengan perjanjian bersama syarikat 'shell', atau syarikat tidak aktif yang digunakan bagi pelbagai gerakan kewangan, dengan KOM dan syarikat yang berkaitan dengannya meraih keuntungan lebih AS$350 juta daripada urus niaga yang diperoleh hasil rasuah di Brazil.



Ini juga diakui KOM dalam kenyataan fakta yang telah dipersetujui dan ditandatangani bersama Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat pada 2017, sebagai sebahagian daripada perjanjian pendakwaan tertunda.



Sebagai sebahagian daripada resolusi sejagat melibatkan DOJ, serta pihak berkuasa di Brazil dan Singapura, KOM telah membayar denda berjumlah AS$422 juta.



Dalam menentukan sama ada untuk mendakwa enam individu itu atau tidak, Cik Indranee berkata Pendakwa Raya perlu mempertimbang sama ada beliau mempunyai bukti yang mencukupi. Di Singapura, Peguam Negara juga bertindak selaku Pendakwa Raya.



Cik Indranee turut menarik perhatian cabaran CPIB memperoleh bukti, antara lain dengan dokumen tertentu berada di negara yang berbeza.



"Secara ringkas, bukti tidak mencukupi, sama ada (bukti) dokumen ataupun saksi, yang boleh mewujudkan sebarang tuduhan jenayah melebihi keraguan yang munasabah terhadap individu tertentu," ujarnya.



Sebagai respons kepada ucapan Cik Indranee, lapan AP daripada parti pemerintah dan pembangkang turut tampil bertanyakan soalan lanjut dan menyuarakan pelbagai keprihatinan termasuk sama ada pemerintah boleh menjalankan lebih banyak usaha untuk mengelak kes serupa daripada berlaku lagi.



Cik Indranee berkata pemerintah tidak mengendali syarikat swasta yang beroperasi di luar negara dan syarikat ini sendiri harus memastikan kakitangan serta amalan mereka bersih dan jujur mengikut tadbir urus yang baik.



"Namun sebagai pemerintah, kami memastikan undang-undang kami dapat memastikan anda mempunyai tadbir urus yang baik.



"Kami juga menggalak program yang memerlukan tadbir urus yang baik.



"Kami mempunyai pendirian teguh terhadap antirasuah, jadi semua isyarat yang kami berikan (sebagai) pemerintah adalah untuk memberitahu syarikat agar kendalikan perniagaan mereka dengan betul," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >